Sunday, September 17, 2006

ISA undang-undang komprehensif zalim

ISA adalah satu undang-undang yang komprehensif bagi mengekal dan mengukuhkan kuasa kerajaan Umno-BN

Tanpa undang-undang opresif lain seperti OSA, AUKU, Akta Polis, Enekmen Sekatan Kawasan, Akta Kesatuan Sekerja, Akta Hasutan, Akta Pertubuhan, Akta Percetakan dan Mesin Cetak, Akta Dadah Merbahaya (Langkah-langkah Pencegahan 1985), Ordinan Darurat dan lain-lain, hanya dengan ISA sudah cukup untuk menjamin survival kerajaan Umno-BN.

ISA terdiri daripada empat bahagian, 12 bab dan 85 seksyen.

Terdapat 2 seksyen dalam Bahagian I, 45 seksyen dalam Bahagian II, 25 seksyen dalam Bahagian III dan 14 seksyen dalam Bahagian IV.

Seksyen-seksyen ini memberikan kuasa yang luas kepada Menteri Dalam Negeri dan pihak polis untuk membuat penangkapan dan penahanan sewenang-wenangnya.

Seksyen-seksyen ini juga membolehkan menteri dan polis bertindak yang mana sebelum ini hanya boleh dilakukan dalam keadaan darurat.

Seksyen-seksyen ini diambil daripada Ordinan Darurat 1948-1960 dahulu!

Darurat berakhir pada 30 Julai 1960. ISA dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1960.

Ini bermakna dalam sejarah, Umno-Perikatan dan Umno-BN hanya berjalan selama 24 jam tanpa tongkat.

Tongkat tersebut adalah dalam bentuk undang-undang menahan dan memenjarakan pencabar-pencabarnya secara tanpa bicara.

Untuk mengukuhkan kuasa dan keputusan menteri dalam seksyen 8, seksyen 16 memperuntukkan bahawa menteri dan yang berkaitan dengannya tidak boleh diminta mendedahkan bukti atau maklumat bagi mempertahankan keputusannya membuat sesuatu penahanan.
Seksyen 28 pula kini digunakan untuk menyekat penyebaran maklumat alternatif atas dakwaan menyebar khabar angin atau menyebarkan laporan yang dianggap tidak benar oleh kerajaan Umno-BN.
Seksyen 30 membolehkan pihak polis menggeledah dan merampas bahan-bahan dan dokumen-dokumen yang disyaki menyalahi peruntukan-peruntukan keselamatan dalam negara.
Mengatasi kuasa dalam peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan, 1966, peruntukan seksyen 41A ISA membolehkan menteri menghalang perlantikan mana-mana individu daripada memegang sebarang jawatan dalam sesuatu pertubuhan.

Seksyen 41B ISA pula memberi kuasa kepada menteri membuat arahan setiap satunya tidak melebihi 6 bulan bagi menutup sekolah atau mana-mana institusi pendidikan yang menjalankan kegiatan yang dianggap sebagai subversif oleh menteri.
Di bawah peruntukan-peruntukan khas berkenaan dengan kawasan-kawasan keselamatan untuk peruntukan seksyen 57, seksyen 53 memberi kuasa kepada menteri untuk mengambil alih dan merampas tanah dan bangunan di kawasan-kawasan tertentu.
Seksyen 54 pula memberi kuasa kepada OCPD polis di kawasan berkenaan untuk menghapuskan ataupun mengeluarkan arahan untuk menghapuskan mana-mana bangunan yang dianggap menyalahi peruntukan-peruntukan bagi kawasan-kawasan keselamatan ini.
Seksyen 56 pula memberi kuasa kepada mana-mana polis atau mana-mana anggota keselamatan berpangkat koperal ke atas untuk merampas beras atau sebarang bahan makanan yang menyalahi mana-mana peruntukan dalam kawasan keselamatan ini.
Seksyen 73 memberi kuasa yang luas kepada polis untuk membuat penangkapan terhadap individu yang dipercayai boleh atau telah memudaratkan keselamatan negara.
Peruntukan seksyen 74 pula membolehkan pihak polis menggunakan senjata yang boleh membawa maut dalam menguatkuasakan penangkapan di bawah seksyen 73(1) dan (2).

Penahanan Tanpa Perbicaraan

Seksyen 8 membolehkan Menteri Dalam Negeri mengeluarkan satu perintah tahanan selama dua tahun terhadap mana-mana individu yang penahanannya dianggap perlu oleh menteri bagi tujuan mencegahnya daripada bertindak dengan apa-apa cara yang boleh memudaratkan keselamatan negara.
Kuasa menteri dalam membuat keputusan tersebut adalah bersifat subjektif dan sehingga ini mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menilai secara objektif kuasa menteri yang dibuat di bawah peruntukan seksyen 8.
Kuasa menteri di bawah Seksyen 8 adalah quddus dan mutlaq!
Kuasa menteri untuk diminta mengemukakan bukti atau memberi sebarang keterangan di mahkamah dilindungi oleh seksyen 16.
Jika menteri merasakan individu itu tidak perlu dikenakan perintah tahanan di tempat yang ditetapkan, maka menteri boleh mengenakan sekatan-sekatan serta syarat-syarat tertentu bagi mengawal aktiviti dan pergerakannya.
Syarat-syarat serta sekatan seperti ini juga setiap satunya dikeluarkan bagi tempoh dua tahun.
Ketika menjalani tahanan atau sekatan dalam tempoh pertama dua tahun ini, menteri boleh mengeluarkan arahan bagi penggantungan perintah tahanan.
Jika individu tadi sedang menjalani perintah tahanan seperti dalam seksyen 8(1) di tempat yang diperuntukkan dalam seksyen 8(3) dan (4), maka penggantungan tersebut boleh dipindahkan kepada sekatan-sekatan bersyarat seperti dalam seksyen 8(5).
Penggantungan ini pula boleh diteruskan sehingga bila-bila.
Selepas tamat tempoh perintah tahanan dua tahun yang pertama, menteri boleh di atas sebab-sebab yang sama, atau lain atau sebahagiannya sama dengan sebab-sebab individu tersebut ditahan, mengeluarkan satu lagi perintah tahanan tidak melebihi dari dua tahun.

Menteri juga diberi kuasa oleh peruntukan yang sama untuk menyambung sekatan kawasan kepada individu yang
dikenakan sekatan bagi satu tempoh tidak melebihi dari dua tahun.

Penahanan 60 Hari di bawah Kuasa Polis

Seksyen 73 memberi kuasa yang amat luas kepada polis untuk membuat penangkapan tanpa waran terhadap sesiapa yang disyaki boleh dikenakan perintah tahanan dua tahun di bawah seksyen 8.
Pihak polis hanya perlu mempunyai sebab untuk percaya bahawa seseorang itu telah bertindak atau mungkin bertindak mengancam keselamatan negara untuk membolehkan tangkapan tersebut dilakukan.

Menyekat Bahan Cetakan dan Penerbitan

Seksyen 22(1) memberi kuasa penuh kepada Menteri Dalam Negeri untuk menyekat bahan cetakan dan penerbitan yang dianggap memudaratkan keselamatan negara dan boleh mengganggu keamanan awam.
Sejak dikuatkuasakan pada tahun 1960, di bawah peruntukan ini beribu-ribu bahan penerbitan telah diharamkan.
Untuk mengukuhkan kuatkuasa peruntukan seksyen 22, beberapa lagi seksyen ditetapkan.
Antaranya, sesiapa yang didapati mencetak, menerbit, menjual, mengeluarkan, menyebarkan atau mengeluarkan semula sebuah dokumen atau sesuatu penerbitan yang tertakluk kepada peruntukan seksyen 22, jika didapati sabit kesalahannya, maka boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara bagi satu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Lanjutan daripada itu, sesiapa yang memiliki sebarang dokumen atau penerbitan yang dilarang seperti dalam peruntukan Seksyen 22, jika sabit kesalahannya untuk kali pertama, maka ia boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dihukum penjara satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan berikutnya dikenakan hukuman penjara bagi satu tempoh tidak melebihi dua tahun.
Jika sabit kesalahan, hukum yang sama turut dikenakan ke atas sesiapa yang mengimport atau cuba mengimport atau bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk mengimport sebarang dokumen atau penerbitan yang dilarang menurut peruntukan seksyen 22.

Hukuman Mati Berhubung dengan Senjata Api, Peluru atau Bahan Letupan

Seksyen 57 memperuntukkan hukuman mati ke atas sesiapa yang didapati sabit kesalahan memiliki senjata api atau peluru atau bahan-bahan letupan secara tidak sah.
Bebanan atau tanggungjawab untuk membuktikan ia tidak bersalah terletak di atas dirinya.

Sepanjang tempoh perbicaraan, orang yang didakwa di bawah seksyen ini tidak dibenarkan ikat jamin.

Beberapa peruntukan lagi diwujudkan untuk mengukuhkan kuatkuasa peruntukan seksyen 57.
Antaranya, sesiapa yang didapati berpakat atau didapati menemani seseorang yang membawa atau memiliki bahan-bahan yang dilarang menurut seksyen 57, jika ianya menimbulkan tanggapan bahawa ia berhasrat, atau akan bertindak atau baru bertindak bersama-sama dengan orang yang ditemaninya itu untuk memudaratkan keselamatan negara, jika sabit kesalahannya, maka ia boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Namun, sekiranya semasa ditangkap bersama-sama dengan seorang yang memiliki bahan-bahan yang dilarang menurut seksyen 57 seperti di atas, walaupun ia tidak bertindak, atau berhasrat untuk bertindak atau baru bertindak untuk memudaratkan keselamatan negara bersama orang yang ditemaninya itu, tetapi ianya menimbulkan tanggapan bahawa ia mengetahui orang yang ditemaninya itu memiliki bahan-bahan yang dilarang oleh seksyen 57, jika sabit kesalahannya, maka ia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari sepuluh tahun.

Peguam Negara diberikan kuasa yang luas sama ada membuat dakwaan di bawah seksyen 57 ISA atau di bawah seksyen 8, Akta Senjata Api 1960, di mana jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman yang lebih ringan, iaitu hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
Berhubung dengan larangan terhadap bahan-bahan dalam seksyen 57, seseorang yang mengambil atau menerima bekalan-bekalan yang boleh menimbulkan tanggapan ia berhasrat, atau akan bertindak atau baru bertindak untuk memudaratkan keselamatan negara, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati, atau jika tidak secara langsung melibatkan bahan-bahan larangan dalam seksyen 57, boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Demikian juga jika ia didapati memiliki bekalan-bekalan yang ia gagal mengelakkan diri daripada menimbulkan tanggapan ia berhasrat, atau akan bertindak atau baru bertindak untuk memudaratkan negara, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.
Jika pemilikan bahan-bahan tersebut tidak melibatkan bahan-bahan larangan seperti dalam seksyen 57, boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Tak boleh naik harga minyak sebab......

Kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter, pada penghujung Februari 2006 merupakan antara titik tolak kepada ketidakpuasan hati rakyat kebanyakan terhadap kepimpinan Bedolah Hadhari. Pengumuman kenaikan secara mengejut yang dibuat pada tengah malam juga menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.

Seringkali alasan yang diberi adalah kerana kenaikan harga minyak dunia dan tanggungan subsidi oleh kerajaan yang semakin meningkat. Memang betul harga minyak dunia meningkat, begitu juga dengan subsidi yang ditangung oleh kerajaan, tetapi harga minyak tetap tidak boleh dinaikkan.

Fakta pertama yang mana kebanyakan rakyat tidak perasan ialah Malaysia merupakan negara pengeksport minyak. Jadi, kenaikan harga minyak dunia sememangnya memberikan Petronas keuntungan yang berlipat kali ganda. Apa gunanya kita dihebahkan Petronas mencatat keuntungan berpuluh billion setiap tahun, tetapi rakyat tidak memperoleh laba daripada keuntungan tersebut.

Keuntungan Petronas yang begitu banyak didakwa digunakan untuk pembangunan. Kita sokong pembangunan. Tetapi persoalan yang dipertikaikan disini ialah mengapa perbelanjaan Petronas tidak pernah dibentangkan di Parlimen? Pembangunan yang mana menggunakan duit Petronas? Siapa yang mendapat projek? Adakah projek diberi melalui tender terbuka atau direct negotiation (a.k.a. kroni)? Adakah projek tersebut memberi manfaat kepada rakyat terbanyak? Ini merupakan fakta kedua yang mana kebanyakan rakyat tidak menyedarinya.

Fakta ketiga lebih kurang sama dengan yang kedua iaitu ketelusan. Petronas hanya bertanggungjawab kepada PM Bedolah Hadhari sahaja. Jadi, sekian banyak persoalan yang dikemukakan sebentar tadi hanya PM dan mereka yang rapat dengannya sahaja yang mengetahuinya.

Jika betul digunakan untuk pembangunan, mengapa kerajaan begitu keberatan untuk membentangkan belanjawannya di dewan rakyat?

Lagi satu hujah yang sering dimainkan ialah harga minyak yang dijual di negara ini masih yang terendah dikalangan negara-negara Asean. Sememangnya hujuah itu betul dan tepat, kerana kita negara pengeluar minyak. Yang dipersoalkan disini ialah bagaimana dengan kuasa beli rakyat? Ini yang cuba disembunyikan oleh media arus perdana.

Mengapa tidak dibandingkan dengan Thailand yang mana lebuhrayanya percuma, Singapura yang mana gaji pencuci tandasnya RM 2000 sebulan, Indonesia yang mana dengan RM 10 cukup untuk membeli barang dapur untuk bekalan seminggu?

Anda masih ingat dengan perang Iraq yang pertama tahun 1991. Ketika itu harga minyak dunia naik melambung. Tetapi kerajaan tidak menaikkan harga minyak kerana sebab yang disebutkan diatas tadi. Untuk rekod, menteri kewangan ketika itu ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri. Suatu fakta sejarah yang patut dihighlightkan.

Bawak kereta gear 2 bila nak sampai???


Media arus perdana sering memberi gambaran wakil pembangkang di parlimen mahupun dewan undangan negeri (DUN) sering berlagak "samseng", selain membangkang membuta tuli. Dengan siaran langsung persidangan yang tidak pernah dibuat secara langsung, bolehkah tuduhan sedemikian ditelan bulat-bulat? Malahan mereka lebih selesa dengan membuat lintas langsung perkahwinan selebriti, konsert oleh para artis dan yang seumpamanya.

Perlu ditekankan disini peranan yang dimainkan oleh pembangkang adalah sebagai check and balance. Saranan yang pernah dikemukakan oleh MP Johor Bahru yang juga bekas Pengerusi BNBBC, Dato' Shahrir Samad, bahawa peranan yang sama dapat dimainkan oleh ahli-ahli parlimen kerajaan merupakan gambaran kepada tajuk diatas.

Tidak dinafikan perjalanan Parlimen dibawah pemerintah kini agak terbuka dengan perbincangan yang mencakupi pelbagai isu. Walaubagaimanapun, sekiranya kita memandu sekadar mencecah gear dua, berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk sampai ke destinasi yang dituju?

Dengan mengambil isu rasuah sebagai contoh, selagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak diletakkan di bawah parlimen dan berfungsi sebagai sebuah badan bebas, selagi itulah kuasa penentu samada pendakwaan akan diteruskan atau tidak, ditentukan oleh PM Bedolah Hadhari.



Kita sokong (seperti kata ahli-ahli kabinet half-past-six) dasar kerajaan untuk membanteras rasuah, tetapi setelah 49 tahun merdeka, BPR masih lagi berada di gear dua. Apakah kita perlu menunggu setengah abad lagi untuk BPR mencecah gear lima, seterusnya sampai ke destinasi yang dituju?

Begitu juga dengan perolehan keuntungan Petronas yang didakwa digunakan untuk pembangunan. Kita sokong pembangunan. Tetapi persoalan yang dipertikaikan disini ialah mengapa perbelanjaan Petronas tidak pernah dibentangkan di Parlimen? Pembangunan yang mana menggunakan duit Petronas? Siapa yang mendapat projek? Adakah projek diberi melalui tender terbuka atau direct negotiation (a.k.a. kroni)? Adakah projek tersebut memberi manfaat kepada rakyat terbanyak?

Saturday, September 16, 2006

SB yang hanya "minat" jaga keselamatan UMNO/BN


Polis merupakan nadi kepada keselamatan sesebuah negara. Polis Diraja Malaysia dengan keanggotaannya yang mencecah sekitar 85 ribu ke 90 ribu anggota diamanahkan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman 25 juta rakyat negara ini. Apabila bercakap mengenai kekuatan anggota yang dimiliki PDRM, sering diperkatakan sememangnya mereka kekurangan anggota, sebagaimana yang diakui oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' Seri Salleh Mat Som.

Dato' Seri Salleh yang sememangnya sinonim dengan JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah), disebabkan banyak kumpulan penjenayah/kongsi gelap yang tumpas di tangan beliau. Antaranya kumpulan Mamak, geng M16, geng 24 dan sebagainya. Diakui kekurangan anggota dan logistik turut menyumbang kepada keberkesanan tugas-tugas kepolisan. Namun demikian, sebab utama yang menyumbang kepada kekangan tersebut adalah disebabkan oleh agihan anggota yang tidak seimbang.

Dengan mengambil JSJ sebagai contoh, kekuatan yang dimiliki hanya sekitar lima ribu anggota; meliputi setiap unit dari D1 (Bahagian Pentadbiran) sehingga D9 (Bahagian Siasatan Khas ) dan NCB/Interpol. Dipecahkan pula kepada setiap IPK (Ibu Pejabat Polis Kontijen) dan IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah). Lima ribu dibandingkan dengan 85 ribu ke 90 ribu, nisbahnya kurang daripada sepuluh peratus. Kemana perginya anggota yang lain?

Pendedahan yang dilakukan oleh bekas Pesuruhjaya SUHAKAM, Prof Hamdan Adnan, ketika forum "IPCMC:Ya atau Tidak" menyatakan bahawa keanggotaan SB (Special Branch) mencecah kekuatan 20 ribu ke 40 ribu anggota. Forum tersebut dianjurkan oleh majlis peguam yang turut dihadiri oleh Presiden (Yeo Yang Poh) sebagai salah seorang ahli panel.



Tidak dinafikan kekuatan risikan merupakan salah satu daripada sayap utama dalam sesebuah pasukan keselamatan, namun kekuatan yang dimiliki dengan keanggotaan yang melebihi keperluan telah disalah gunakan, yang mana agenda mereka lebih kepada risikan terhadap penentang/pembangkang kepada UMNO/BN.
Begitu juga dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), yang memiliki kekuatan anggota lima ribu orang, sedangkan rusuhan bukan berlaku setiap hari di Malaysia. Jumlah kekuatan anggota yang hampir sama dengan JSJ.

Prof Hamdan Adnan sendiri secara sinis memberitahu para hadirin bahawa salah satu daripada tugas SB ialah memantau majlis-majlis seperti yang mereka anjurkan kini. Sindirannya dibalas dengan tawa riang seluruh hadirin.

Beliau yang telah ditamatkan kontraknya baru-baru ini, dipercayai antara lain disebabkan pendedahan yang dilakuakan olehnya terhadap nasib orang asli di daerah Pekan. Daerah Pekan sebagaimana yang diketahui umum diwakili oleh Najib. Beliau juga dikenali sebagai antara pesuruhjaya SUHAKAM yang agak vokal terhadap kerajaan.

Sunday, September 03, 2006

Kaf Alif Win = Kawin


"Ada satu masaelah. Satu; banyak-banyak. Dua; sedikit-sedikit. Tiga; jarang-jarang. Empat; kadang-kadang. Apa jawapnya?", tanya ahli nujum lawan kepada ahli nujum Beringin Rendang, Pak Belalang. Dijawab oleh Pak Belalang, "Kaf Alif Win, kawin". Dengan hujah balas, dapat dibuktikan bahawa kahwinlah jawapannya yang sebenar.

Kahwin mempunyai banyak hukum, bergantung kepada keadaan. Secara amnya, berkahwin itu sunat. Banyak kelebihannya; menenteramkan hati, memelihara pandangan, menambahkan keturunan dan juga sunnah nabi. Nabi juga pernah berkata, tiga benda tidak boleh tangguh. Solat bila tiba waktunya, jenazah apabila telah sempurna (dimandi, dikapan dan disembahyangkan) dan juga anak dara apabila telah diminta oleh sang teruna (yang sekufu dengannya).

Tetapi keadaan sudah terbalik sekarang. Benda yang baik (kahwin sebagai contoh), menjadi begitu sukar. Sebaliknya, benda-benda yang haram dan lagha dimudahkan. Sebagai contoh di KL lebih mudah untuk mendapatkan dadah berbanding memperoleh akhbar-akhbar parti pembangkang, lebih mudah untuk memperoleh social escort/pelacur berbanding untuk berkahwin; seperti kata Haji Bakhil dalam filem Labu dan Labi,"sediakan saja duitnya, banyak-banyak".

Hakikah yang agak pahit untuk ditelan, tetapi itulah realiti yang berlaku sekarang. Gejala yang sama sudah mula menular ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar, tidak hanya terhad di kawasan bandar-bandar besar.

Jika ditanya kepada anak-anak muda, mengapa masih membujang, jawapan yang diberi agak stereotaip. Anak sulung nak bantu keluarga, belum sampai seru dan yang sewaktu dengannya. Tidak dinafikan jawapan yang diberi ada asanya, tetapi percentage ketepatan jawapan tersebut hanyalah sekitar 5% ke 10% sahaja. Punca utama adalah disebabkan kenaikan taraf hidup dan juga adat masyarakat yang menyusahkan (wang hantaran sebagai contoh).

Penulis suka untuk menekankan disini mengapa kita tidak berbalik kepada asas agama. Islam itu indah, memudahkan urusan, lebih-lebih lagi yang membawa kepada kabaikan dan amar makruf nahi mungkar. Hadis nabi pernah menyebut (hadis sahih), "apabila datang seorang lelaki yang soleh untuk meninang anak perempuan kamu dan kamu tolak, maka bersedialah kamu untuk menerima fitnah yang paling besar".

Apabila bercakap mengenai kahwin, tidak dapat tidak kita pasti mengaitkannya dengan lelaki terhangat di pasaran kini. Siapa lagi kalau bukan Abdullah Badawi aka Bedolah Hadhari. Seorang PM tanpa first lady, pastinya menyedihkan. Ada pepatah pernah menyebut, "Seorang lelaki yang berjaya, pasti ada seorang wanita di belakang yang menyokongnya". Itu salah satu sebab kita lihat PM tidak begitu berjaya. Half-past-six kata Tun Dr M.



Orang mati bini, jiwanya kacau. Kedudukannya sebagai Ketua Eksekutif yang jiwanya kacau, menyebabkan keseluruhan rakyat turut sama merasa tempiasnya. Manakan tidak, kenaikan inflasi yang berpunca daripada kenaikan harga minyak yang mendorong kepada kenaikan sara hidup dan harga barang, yang mana kenaikan ini tidak sepatutnya dihalalkan (akan dibincangkan dalam artikel yang akan datang) dirasai oleh seluruh rakyat, tidak kira samada penyokong kerajaan , pembangkang, UMNO totok, orang tanpa parti, rakyat marhaen dan segenap lapisan manusia. Hanya orang-orang kaya dan kroni sahaja yang tidak terjejas.

Jawapan yang diberi untuk menghalalkan tindakan bercelaru. Anggota kabinet hanya tahu menhawab, kami sokong. Kita berharap sangat bedolah akan berkahwin bagi membolehkannya kembali on the right track. Walaupun dia boleh dikatakan PM paling bangang dalm sejarah, tetapi dia masih memegang kuasa untuk sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya yang akan datang. Macam-macam yang boleh terjadi menjelang tempoh tersebut.

Sahabat nabi benama Abu Darda'. Disaat akhir hayatnya, sudah hampir mati, dia berkata,"kahwinkan aku, kahwinkan aku.Aku malu bertemu tuhanku dalam keadaan bujang". Jadi sama-samalah kita berharap bedolah akan meyerahkan gelaran lelaki terhangat dipasaran kepada calon lain. Katakan selepas ini dia tidak lagi menjadi PM pun, berkahwin itu hukumnya sunat.