Friday, November 16, 2007

Life is about CHOICES

Pernahkah anda mendengar kata-kata diatas? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Percayakah anda bahawa keadaan yang kita lalui pada hari ini sedikit sebanyak berpunca daripada apa yang kita lakukan sebelum ini, pendek kata pilihan yang telah kita buat.

Adakah anda berpuas hati dengan keadaan yang dilalui sekarang? Jika ya tahniah! Jika sebaliknya mengapa ya?

Proses membuat pilihan turut diajar kepada para pelajar sekolah (subjek kemahiran hidup untuk menengah rendah, sekitar tingkatan 1 jika saya tidak silap). Turut ditekankan disitu pertimbangan yang perlu diambil kira untuk membuat sesuatu keputusan/pilihan.

Dalam hidup, kita sentiasa perlu membuat keputusan penting yang semestinya memberi impak yang agak besar sekiranya kita melakukan kesilapan. Antaranya adalah keputusan yang dibuat ketika memilih teman hidup, mengundi dalam pilihanraya dan juga laluan yang dipilih sebaik sahaja menamatkan persekolahan.

Menyebut tentang pilihanraya yang dijangka bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang, satu keputusan penting perlu dibuat. Apakah majoriti rakyat masih tidak dapat melihat segala macam "kesalahan" besar yang dilakukan oleh pemerintah kini. Daripada isu yang amat dekat dengan kita semua iaitu peningkatan sara hidup yang naik mendadak, sehinggalah kepada penyelewengan duit rakyat sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporan perbelanjaan kerajaan bagi tahun 2006.

Rakyat wajar memainkan peranan sebagai hakim bagi menghukum kesalahan yang telah dilakukan oleh pemerintah kini. Jika sekiranya tidak mampu menukar pemerintah yang ada, sekurang-kurangnya majoriti rakyat dapat menghantar lebih ramai wakil-wakil pembangkang di Dewan-dewan Undangan Negeri dan juga Dewan Rakyat. Ini penting sebagai check and balance, dengan kata lain kita mengingatkan pemerintah bahawa KAMI memerhatikan anda.

Selamat membuat pilihan!

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.