Saturday, November 03, 2007

Perhimpunan 10 Nov: Enam bandaraya dunia ikut serta

Oleh KL Pos

Perhimpunan aman rakyat Malaysia menuntut pilihanraya yang bebas dan adil 10 November depan bakal menyaksikan sokongan daripada enam bandaraya lain di seluruh dunia termasuk Monggolia, kata penyelaras ekskutif GERAK Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, GERAK telah mendapat maklumbalas dari NGO di enam negara yang menyatakan prihatin dan bersedia untuk menunjukkan solidariti kepada BERSIH khususnya perhimpunan 10 November ini.

Katanya, serentak dengan Perhimpunan Aman pada 10 November 2007 di Malaysia aktivis di enam bandar juga akan mengadakan aksi solidariti yang sama di depan kedutaan Malaysia di negara mereka untuk menunjukkan sokongan dan keperihatian mereka terhadap isu menuntut pilihanraya bebas dan adil di Malaysia. "Bandar – bandar terlibat ialah Ulaanbaatar , Manila, Jakarta, Delhi, Bangkok, Colombo dan Seoul,"katanya yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.

Menurut beliau, jumlah tersebut hanya melibatkan aktivis dan organisasi perhubungan GERAK, dan beliau yakinbanyak bandar lain akan turut menyertai aksi solidariti yang digerakkan oleh badan gabungan BERSIH yang lain.

Bukan perhimpunan politik

Katanya, perhimpunan aman di Dataran Merdeka yang kemudian akan berarak ke Istana Negara pada 10 November jam 3 petang nanti dengan ini selaku badan gabungan BERSIH, GERAK menegaskan bahawa perhimpunan itu bukan perhimpunan parti politik. Ia tidak sama sekali berimej mana mana parti politik. Ia bukan perhimpunan anti Kerajaan.

"Ia merupakan perhimpunan aman rakyat menuntut satu pilihanraya yang bebas,bersih dan adil. Semua parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau rakyat secara individu dijemput untuk menyertainya,"katanya.

"GERAK telah pun menghantar jemputan kepada hampir seluruh sukarelawan berdaftar seluruh negara dan jawatankuasa GERAK peringkat negeri untuk sama turun dan terlibat secara aktif dalam usaha mobilisasi. Rakyat diharap jangan was was untuk hadir bersama dalam perhimpunan tersebut bersama keluarga dalam suasana aman dan riang,"ujar beliau.

Polis mahu BERSIH pohon permit

Sementara itu, Malaysiakini.com melaporkan polis memberikan arahan kepada penganjur perhimpunan tersebut supaya mendapatkan permit polis, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin.

Beliau memberitahu demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan delegasi lima orang dari Bersih di ibupejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Bersih, Zulhasnan berkata beliau memahami apa yang dibangkitkan oleh delegasi Bersih dalam pertemuan hari ini mengenai hak perlembagaan bagi rakyat mengadakan perhimpunan secara aman dan perlunya pembaharuan dalam sistem pilihanraya.

Bagaimanapun, Zulhasnan memberitahu mereka bahawa beliau mesti bertindak mengikut undang-undang dan dalam hubungan itu, beliau meminta Bersih memohon permit polis bagi mengadakan perhimpunan pada 10 November depan, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Delegasi Bersih itu terdiri daripada Naib Presiden PKR, S Sivarasa; Penasihat Pilihanraya DAP, Liew Chin Tong; Pengarah Penyelidikan PAS, Dr Zulkifli Ahmad; Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Syed Azman Nawawi dan kakitangan sekretariat Bersih, Faisal Mustapha.

Badan pemantau pilihanraya itu menemui Zulhasnan pagi tadi untuk memaklumkan mengenai sebab dan filosofi di sebalik tujuan Bersih mahu menganjurkan perhimpunan pada 10 November depan.

Kempen 'gelombang kuning'

Perhimpunan tersebut dijangka dihadiri lebih 10,000 penyokong gerakan pembaharuan dalam sistem pilihanraya dan sebagai membantah ketidakadilan dalam sistem pilihanraya sekarang.

Mereka kemudiannya akan berarak dari Dataran Merdeka ke Istana Negara untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Sivarasa, perjumpaan selama 40 minit dengan Zulhasnan berjalan dalam keadaan mesra.

Katanya, Ketua Polis Kuala Lumpur itu meminta mereka memahami bahawa beliau juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya.

Dzulkifli pula berkata, pihak polis mesti bertanggungjawab untuk menegakkan demokrasi melalui undang-undang dan bukan menekannya, seperti yang berlaku dalam kejadian di Batu Buruk, Terengganu di mana dua orang cedera terkena tembakan seorang anggota polis.

Menurutnya, Bersih akan bermesyuarat malam ini untuk memaklumkan kepada ahli-ahlinya yang lain mengenai hasil perjumpaan hari dan tindakan yang akan diambil selanjutnya.

Beliau memberitahu pemberita, badan pemantau pilihanraya itu akan melancarkan kempen 'gelombang kuning' di Pasar Seni

3 comments:

cakapaje said...

Salam,

InsyAllah kita jumpa di sana.

wutever said...

insyaallah, kalau2 terserempak tegur2 la ok!

cakapaje said...

Set! :)