Saturday, June 30, 2007

Dapatkan isu Parlimen dengan layari blog ahli Parlimen PAS

Baru-baru ini, ahli Parlimen PAS telah menwujudkan satu blog baru bagi menyediakan maklumat tentang hal ehwal Parlimen dan penglibatan ahli Parlimen pembangkang.

Blog tersebut mengandungi profil peribadi ahli Dewan Rakyat dan juga ahli Dewan Negara dari kalangan PAS yang juga turut memuatkan senarai blog ahli Parlimen secara khusus dan blog lain yang berkaitan.

Selain itu, pelawat juga boleh mendapatkan perkembangan terkini mengenai isu semasa yang diperdebatkan di dalam Parlimen serta penyata-penyata rasmi yang dikeluarkan Parlimen.

Ahli parlimen juga berpeluang untuk menyatakan pandangan mereka pada laman tersebut mengenai pelbagai isu khususnya yang tidak diberi ruang kepada mereka bercakap mengenainya di dalam Parlimen.

Pada masa yang sama pengunjung laman akan dapat mengikuti aktiviti bergambar ahli Parlimen serta menyatakan pandangan dan komen mereka secara terus kepada mereka.

Bagi yang belum pernah melayari web tersebut dan ingin mendapatkan info berguna sila layari http://mppas.wordpress.com/ atau klik pada link Blogs/Ahli Parlimen PAS dari blog ini.

Wednesday, June 27, 2007

Isu Rushdie: Himpunan bantahan selepas solat Jumaat 29/6/07

Himpunan sejuta umat Islam bagi membantah keras anugerah 'Sir' kepada penulis buku `The Satanic Versus', Salman Rushdie terus diadakan untuk membuktikan bahawa umat Islam tidak boleh diperkotakkatikkan.

Himpunan besar-besaran anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat pula akan diadakan di hadapan Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak di sini selepas solat Jumaat (29 Jun). Peserta kemudiannya akan berarak ke kedutaan AS.

Selain membantah keras anugerah Sir kepada Rushdie, himpunan itu turut mengutuk campurtangan Barat terhadap konflik di Palestin.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, pimpinan tertinggi PAS, pimpinan NGO Islam serta mahasiswa dijangka akan turut bersama dalam himpunan itu.

Monday, June 25, 2007

Piket bersama MTUC menuntut gaji minimum kakitangan swasta

Piket bersama MTUC Pada 25 Jun 2007, Jam 5-6.30 Petang. Datang beramai-ramai, turut serta wakil parti-parti pembangkang, NGO-NGO, wakil mahasiswa serta kakitangan-kakitangan swasta.

Lokasi:

KL - Berhampiran bangunan KWSP, Jalan Raja Laut

PJ - Berhampiran Lam Soon dan Cycle & Carriage, Lebuhraya Persekutuan

Shah Alam - Bulatan Sek 15 (berhampiran Goodyear), bulatan Sek 16 dan berhampiran Proton

Klang - Berhampiran Jaya Jusco, Bandar Baru Klang, Berhampiran Pasaraya Warta Bangi,

Melaka - Berhampiran Melaka Mall,

JB - Berhampiran Pejabat Pos Johor Bharu dan HSBC,

Ipoh - depan Tmn Sri Kelebang

Penang - Jalan Baru Prai, berhampiran Mega Mall

Kuching - padang TNB , Kuching - Wisma Saberkas (simpang Batu Lintang - Green Road)

Jom ke yahoo group Harakahdaily!

Ingin mendapatkan berita muktahir dan terkini? Ingin bersantai sambil membaca berita-berita serta maklumat alternatif sewaktu bercuti? Atau ingin melengkapi diri dengan perkembangan semasa dengan maklumat alternatif?

Kini anda berpeluang untuk mendapat segalanya dengan menyertai yahoo group Harakahdaily.

Para peminat, penyokong dan pembaca berita alternatif dipelawa untuk menyertai secara percuma yahoo group ini.

Apa yang perlu anda lakukan adalah layari; http://groups.yahoo.com/group/harakah_daily dan daftarkan diri untuk mendapatkan segala maklumat melalui emel peribadi anda.

Jom meriahkan sumber maklumat dan pemberitaan alternatif terkini!

Saturday, June 16, 2007

Klip Video 'Malaysia, After Lina Joy - A Dialogue'

Klip video dialog tersebut boleh diakses melalui Malaysikini.tv. Dialog telah didakan di Hotel Armada, Petaling Jaya pada minggu lepas anjuran DAP.

Antara panelis yang hadir ialah Ketua Pembangkang, YB Lim Kit Siang; Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Presiden ABIM, Saudara Yusri Muhammad dan lain-lain.

Monday, June 11, 2007

Tuntutan Orang-orang Bukan Islam Yang Dibuat Melalui IFC


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Wednesday, June 06, 2007

Tahniah pengantin baru, tapi jangan lupa isu negara, nasib rakyat - Mahfuz

Oleh Harakah Daily

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan melangsungkan perkahwinan Sabtu, 9 Jun ini, diharapkan tidak melupakan segala persoalan dan isu yang berbangkit yang perlu diutamakan demi kesejahteraan dan keadilan dalam negara

Aktivis politik, Haji Mahfuz Omar mengucapkan tahniah kepada bakal pengantin baru dan berharap, dengan adanya pasangan tercinta dan isteri tersayang, dapatlah beliau memberi tumpuan yang serius terhadap masalah dan isu negara yang semakin runcing.

"Dulu mungkin fikiran beliau kusut sebab tiada teman berbincang bersama tetapi selepas ini kita harap menjadi semangat dan inspirasi kepada beliau," katanya yang dihubungi Harakahdaily.net sebentar tadi.

"Dan seterusnya memberi kekuatan dan keberanian untuk Pak Lah untuk bangkit menjawab persoalan-persoalan khususnya yang dibangkitkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir," kata bekas calon Naib Presiden PAS itu.

Ini termasuklah persoalan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) katanya yang ditangani secara lemah oleh Abdullah dilihat banyak pihak sebagai tindakan kerajaan mengadaikan kawasan tersebut kepada pihak luar dan menjual kedaulatan negara.

Selain itu, kesempitan hidup rakyat akibat kos bebanan yang tinggi perlu diambil kira sungguhpun kerajaan telah mengumukan kenaikan gaji bagi kakitangan kerajaan sebanyak 35 peratus namun seiring kenaikan itu, harga barang-barang keperluan juga turut naik yang akhirnya bukan sahaja membebankan kakitangan kerajaan tetapi menekan hidup pekerja swasta, kilang, petani, pekebun dan rakyat marhaen.

Dengan perkahwinan yang dialu-alukan oleh semua rakyat jelata katanya, beliau berharap selepas bulan madu nanti, Abdullah lebih fokus dan dapat melahirkan idea-idea yang lebih bernas yang dilihat 'beku' sebelum ini seterusnya agresif dalam tindakan seiring slogannya.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah, 53 berasal dari di Kuala Lumpur.

Jeanne yang mempunyai dua orang anak Nadiah dan Nadene pernah bertugas sebagai Pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana.

Majlis Perkahwinan Perdana Menteri itu akan diadakan di Seri Perdana dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Friday, June 01, 2007

Riddah (murtad) dan persoalannya menurut Islam

Klik untuk artikel asal.

Pulih kontrak sosial dan hormati bukan Islam - Ketua Pemuda PAS

Oleh Harakah Daily

Pemuda PAS mahu kontrak sosial dalam negara dipulihkan semula dengan setiap pihak menghormati hak antara satu sama lain dan tidak membangkitkan ‘fitnah yang sedang tidur’ seperti yang berlaku mutakhir ini.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata isu-isu yang bersifat perkauman, sentimen agama dan unsur-unsur primodial yang lain supaya tidak diungkit-ungkitkan lagi di masa akan datang sambil memberi contoh dan menyatakan kekesalan terhadap isu-isu seperti kewujudan badan haram seperti Inter Faith Commission (IFC) ditubuhkan dengan sokongan beberapa menteri membuat tuntutan berbau perkauman kepada kerajaan, pencemaran bunyi azan, pengiktirafan terhadap si mati yang baru memeluk Islam, masalah penolakan ‘moral policing’ yang berteraskan akhlak Islam dan cabaran terhadap peruntukan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan tentang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

"Kita sangat kesal dengan sikap kumpulan-kumpulan yang sengaja menimbulkan provokasi terhadap umat Islam dengan mencabar kuasa perundangan Syariah terhadap orang-orang Islam dalam kes murtad," katanya sewaktu menyampaikan ucapan dasar Pemuda PAS sebentar tadi.

"Amat aneh sekali apabila Umno yang berjaya memerintah pula yang bersikap bagai gunting dalam lipatan. Mereka sendiri merungkaikan satu demi satu kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra walaupun ia sudah termaktub dalam undang-undang negara," katanya lagi.

Dewan Pemuda PAS mengutuk kebaculan Umno sebagai pemerintah mempertahankan akidah dan syiar Islam dan gagal menangani perkara ini secara bijaksana sehingga mencetuskan bibit-bibit yang tidak sihat dalam masyarakat majmuk di negara kita.

"Pemuda PAS memberi amaran kepada mana-mana pihak yang sengaja mencabar kesucian dan kedaulatan Islam bahawa kami sanggup mengorbankan apa sahaja demi mempertahankan Islam.

"Daripada hidup bercerminkan bangkai, biar mati bergalang tanah," ucapnya sambil disambut sorakan dan laungan takbir yang penuh semangat daripada perwakilan Pemuda.

Namun dalam pada itu, PAS kata Salahudin PAS sebagai parti Islam sejak dahulu lagi menghormati kedudukan orang bukan Islam sebagai warganegara Malaysia dan tidak pernah meminggirkan hak-hak mereka, bahkan PAS menyokong jika orang- orang Cina dan India mahu bahasa ibunda dan budaya mereka diperkasakan manakala PAS turut mendesak supaya orang-orang India yang miskin di estet-estet dibela.

Dalam masa yang sama PAS mengutuk pengagihan kemakmuran negara dibuat mengikut pertimbangan politik puak, tetapi ia seharusnya mengikut keperluan sebenar rakyat. PAS menyokong jika biasiswa diberikan kepada orang-orang miskin yang bukan Melayu dan PAS menolak jika hak istimewa Bumiputera dimonopoli oleh orang-orang Umno sahaja. Bahkan PAS menyokong Kongres Kepentingan Bangsa dan Dong Jiao Zhong dalam mempertahankan kepentingan bahasa ibunda, katanya lagi.

"PAS tidak berjuang atas kepentingan rasis atau perkauman, tetapi kita mahu hak-hak dan kepentingan orang Melayu/Islam yang telah dipersetujui bersama tidak dicabuli,"tegasnya.

Ucapnya lagi bahawa PAS mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu dan Bumiputra bukan atas dasar perkauman, tetapi kerana tidak mahu tragedi yang pernah menghitami sejarah negara pada 1969 berulang malah memberi amaran kepada Umno tidak sewenang-wenang mengulangi provokasi perkauman seperti yang berlaku pada 1987 yang akhirnya dibebankan kepada pembangkang.