Tuesday, August 21, 2007

Pilihan Raya Umum : Peringatan penting kepada penyokong, pengundi PAS!

Oleh Saari Sungib
(Ketua Penerangan PAS Selangor)

Klik untuk artikel asal.

Saturday, August 11, 2007

Sunday, August 05, 2007

Perlaksanaan gaji minimum, Hadiah 50 tahun merdeka!

Piket oleh MTUC masuk peringkat yang ke 2 (dijangka pada Rabu/8 Ogos ini). Piket yang pertama telah dijalankan pada penghujung Jun yang lalu, boleh dikatakan agak berjaya. Ianya telah mendapat respon yang agak menggalakkan daripada para pekerja sektor swasta dan aktivis pembangkang.

Tuntutan kenaikan gaji oleh golongan pekerja boleh diibaratkan seperti ceritera yang tidak berpenghujung a.k.a. never ending story. Tetapi, berdasarkan situasi semasa, kenaikan ini memang dikira munasabah. Kenaikan secara mendadak harga barangan asasi seperti harga minyak, elektrik, bil air (yang mana kenaikan tersebut masih dipersoalkan hinggan kini kewajarannya oleh palbagai pihak) sepanjang tahun lalu; secara tidak langsung menyumbang kepada kenaikan harga barang-barang keperluan asas.

Dengan kata lain, kuasa beli pengguna terutamanya para pekerja swasta, mereka yang bekerja sendiri, para peniaga kecil (atau lebih mudah disebut mereka yang bukan kakitangan awam yang mana jumlah mereka lebih ramai) mendapat kesan langsung daripada kenaikan harga barangan tersebut.

Pendedahan yang dibuat berkenaan kadar gaji sektor tertentu oleh MTUC baru-baru ini amat agak mengejutkan. Terdapat segolongan pekerja yang mendapat gaji dibawah paras kemiskinan (RM 691 sebulan)

Jadi, kepada golongan pekerja bukan kakitangan awam, turunlah beramai-ramai bagi menjayakan piket pada hari Rabu ini, juga kepada warga yang prihatin agar dapat bersama-sama bagi menuntut hak yang sewajarnya diperolehi oleh golongan pekerja. Kita perlu mnghantar mesej yang jelas kepada kerajaan agar kebajikan golongan pekerja lebih terbela

Komen:-
Alternatif lain mungkin pihak kerajaan boleh menurunkan harga barangan asasi yang dinaikkan pada tahun lepas (minyak, elektrik, air). Tetapi harapnya janganlah penurunan harga dibuat sekadar untuk meraih sokongan menjelang pilihanraya umum.

Wednesday, August 01, 2007

Rakyat perlu pilih pemimpin bersih - Raja Nazrin

Oleh Harakah Daily


Titah Raja Muda Perak, Dr Raja Nazrin Shah bahawa mereka yang mempunyai masa lampau yang tercalar dan bukti jelas tentang moral perlu disekat daripada menjadi pemimpin merupakan satu panduan yang baik untuk digunapakai oleh masyarakat dalam memilih dan menyokong pemimpin.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar menjelaskan kenyataan Nazrin ini bererti pemimpin-pemimpin perlu bertanggungjawab bukan sahaja di atas amalan yang lalu sebaliknya amalan pada masa kini.

"Kita tidak harus lupa bahawa kita inginkan pemimpin yang bermoral yang tidak tercalar dengan keburukan seperti rasuah serta jenayah lain.Kita tidak mahu pemimpin yang bersikap lepas tangan dan tidak bertanggung jawab apabila berlaku kecuaian dalam melaksanakan tanggungjawab mereka memikul amanah yang besar dalam masyarakat.

"Contohnya seorang menteri perlu bertanggungjawab menjaga moral tanpa terlibat dengan amalan rasuah serta bersikap berat sebelah yang boleh menganiaya masyarakat," katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily hari ini.

Semalam, Raja Muda Perak, pada pelancaran syarahan baginda bagi memperingati warisan Prof Syed Hussein al-Attas bertajuk "Towards a Decent Social Order for All Malaysians" di Muzium Kesenian Islam menegaskan mereka yang mempunyai latar belakang meragukan perlu disekat dari memegang sebarang jawatan.

Baginda juga memberi peringatan, rasuah yang menjadi penyakit masyarakat paling merbahaya boleh menjejas tadbir urus yang baik, melemahkan institusi yayasan, memutarbelitkan dasar awam, berkompromi dengan peraturan undang-undang dan menggendala ekonomi.

Dalam pada itu, Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat menegaskan, Ahli Parlimen juga tidak terlepas daripada melaksanakan amanah dan kepercayaan yang diberikan rakyat. Ahli Parlimen yang merupakan pemimpin rakyat seharusnya memperjuangkan hak dan keadilan serta kedudukan rakyat.

Sementara itu, mengambil pandangan Prof Syed Hussin yang meletak pergerakan pandangan awam adalah sebahagian daripada perihal tadbir urus yang baik, jelas Kamarudin oleh kerana Syed Hussin merupakan bekas Naib Canselor Universiti Malaya, sikap Allahyarham ini juga harus dicontohi oleh Naib Canselor Universiti serta ketua IPTA yang lain.

Jelasnya tanggungjawab pentadbir universiti ini ialah untuk meningkatkan pencapaian dalam profesion mereka dan bukan untuk mengikut telunjuk kerajaan hari ini.