Piket oleh MTUC masuk peringkat yang ke 2 (dijangka pada Rabu/8 Ogos ini). Piket yang pertama telah dijalankan pada penghujung Jun yang lalu, boleh dikatakan agak berjaya. Ianya telah mendapat respon yang agak menggalakkan daripada para pekerja sektor swasta dan aktivis pembangkang.
Tuntutan kenaikan gaji oleh golongan pekerja boleh diibaratkan seperti ceritera yang tidak berpenghujung a.k.a. never ending story. Tetapi, berdasarkan situasi semasa, kenaikan ini memang dikira munasabah. Kenaikan secara mendadak harga barangan asasi seperti harga minyak, elektrik, bil air (yang mana kenaikan tersebut masih dipersoalkan hinggan kini kewajarannya oleh palbagai pihak) sepanjang tahun lalu; secara tidak langsung menyumbang kepada kenaikan harga barang-barang keperluan asas.
Dengan kata lain, kuasa beli pengguna terutamanya para pekerja swasta, mereka yang bekerja sendiri, para peniaga kecil (atau lebih mudah disebut mereka yang bukan kakitangan awam yang mana jumlah mereka lebih ramai) mendapat kesan langsung daripada kenaikan harga barangan tersebut.
Pendedahan yang dibuat berkenaan kadar gaji sektor tertentu oleh MTUC baru-baru ini amat agak mengejutkan. Terdapat segolongan pekerja yang mendapat gaji dibawah paras kemiskinan (RM 691 sebulan)
Jadi, kepada golongan pekerja bukan kakitangan awam, turunlah beramai-ramai bagi menjayakan piket pada hari Rabu ini, juga kepada warga yang prihatin agar dapat bersama-sama bagi menuntut hak yang sewajarnya diperolehi oleh golongan pekerja. Kita perlu mnghantar mesej yang jelas kepada kerajaan agar kebajikan golongan pekerja lebih terbela
Komen:-
Alternatif lain mungkin pihak kerajaan boleh menurunkan harga barangan asasi yang dinaikkan pada tahun lepas (minyak, elektrik, air). Tetapi harapnya janganlah penurunan harga dibuat sekadar untuk meraih sokongan menjelang pilihanraya umum.

2 comments:
ada pro and kons penyelarasan gaji sektor swasta ni. Bagi company besar mcm SHELl, DELL..pekerja dia mmg dapat byk perk. Gaji skali naik mau 1k naik. Jadi bila selaraskan..SHELL yg memang kaya gila..bagi kenaikan pn skit je ikut penyelarasan..tu kons dia la
tp bagi yg teraniaya..mmg bagus la ada penyelarasan. Tpai kbykan swasta, company besar dia naik gaji ikut suka and sgt byk skali naik
anul,
kita fokus kepada para pekerja yang mendapat gaji di bawah paras kemiskinan, yang bergelut hanya untuk memenuhui keperluan asas
Post a Comment