Monday, May 12, 2008

Tiada murtad dalam Islam

Merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang membenarkan permohonan murtad oleh Siti Fatimah. Saya ingin menyatakan disini bahawa bukan niat saya untuk mepertikaikan keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah.

Tetapi yang ingin ditekankan disini ialah respond yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu (yang agak berpengaruh dan pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan termasuk bekas menteri) terhadap keputusan mahkamah tersebut.

Apa yang pasti mereka memberikan komen berdasarkan logik akal masing-masing. Sepatutnya komen tersebut mestilah berdasarkan fakta, bukan sekadar tangkap muat sahaja. Perkara berkaitan agama, kaum merupakan isu yang sensitif.

Islam merupakan satu-satunya agama yang tidak membenarkan murtad. Oleh yang demikian mereka yang beragama Islam adalah tertakluk kepada larangan tersebut. Mereka tidak boleh
sewenang-wenangnya untuk keluar masuk Islam seperti "membership" untuk menganggotai mana-mana persatuan sebagai contoh.

Adalah tidak masuk akal untuk pihak-pihak yang tidak mempunyai "authority" untuk bercakap mengenai perkara-perkara yang mereka sememangnya kurang arif. Bagaimana boleh mereka yang bukan Islam bercakap bagi pihak agama Islam? Adakah sekadar berselindung disebalik isu hak asasi maka mereka berhak mendesak kita untuk membolehkan murtad?

Adalah diharapkan pihak-pihak tersebut tidak lagi berusaha untuk mencampuri urusan agama lain, terutamanya Islam yang akhir-akhir ini diserang dengan tuntutan oleh IFC (Inter Faith Commission) yang mana salah satu tuntutannya adalah bagi membolehkan murtad.

Saya juga berharap pihak kerajaan dapat menguatkuasakan undang-undang bagi menghalang penganut agama Islam daripada murtad. Mereka juga boleh mengadakan sesi penerangan dan dialog dengan orang bukan Islam bagi mengelakkan kekeliruan yang akan timbul dikemudian hari.

Thursday, May 08, 2008