Saturday, February 28, 2009

Baru hang tau!!!

'Dulu masa jadi menteri tak pernah bayar tol...tak pernah merasa.'

Harakahdaily Fri Feb 27, 09 9:59:35 am MYT
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Hrkh) - Demikian dinyatakan sendiri Ahli Parlimen Padang Besar Dato' Seri Azmi Khalid ketika diminta mengulas berhubung kenaikan tol mulai 1 Mac yang diumumkan Menteri Kerja Raya, Dato' Seri Mohd Zin Mohamed semalam.

"Dulu semasa jadi menteri tak pernah bayar tol, saya tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang, saya tingggal di Shah Alam dan sering datang ke Kuala Lumpur dan melalui beberapa tol, saya sangat merasai beban tol itu. Kalau saya merasai, orang lain pun tentu merasai," katanya yang dipetik daripada akhbar online.

Komen:

Syukurlah tu Dato' Seri, you masih lagi jadi Ahli Parlimen, Pengerusi PAC lagi. Kalau Samy Vellu lagi teruk, pilihan raya dah la kalah, jawatan for sure lah x dah. Tapi, dia awal-awal lagi sedar dah orang tolak dia.

You ni dah dekat setahun lepas general election baru nak sedar ka? Takpa la kan, better late than never kan ;).

Saturday, January 31, 2009

Boikot Coke, Starbucks dan Colgate, Bantahan kita kepada Zionis Israel

Sukar untuk dibayangkan, bagaimana negara haram Israel (Israel merupakan satu-satunya bangsa di dunia yang tidak mempunyai negara) boleh menyerang Palestin begitu sahaja, yang dikelilingi oleh negara-negara Islam Arab.

Situasinya sama ketika US menyerang Iraq. Sekiranya bom atau roket tersebut ditembak dari US, dapatkah mereka memberi jaminan yang ianya akan mengenai sasaran dengan tepat, atau bom tersebut akan meletup di pertengahan jalan (mungkin juga mengenai Israel atau negara Arab lain).

Daripada dua situtasi tersebut sudah cukup untuk memberitahu kita bahawa negara-negara yang berjiran dengan Palestin turut bersekongkol dengan pihak zionis Israel.

Penyelesaian kepada isu tersebut pernah disuarakan oleh bekas PM kita (Tun DR M) iaitu untuk menggunakan kuasa minyak dan gas yang dikuasai oleh negara Arab. Walaubagaimanapun, cadangan tersebut hanya dipandang sepi oleh kebanyakan negara Arab.

Apakah kita hanya mampu memberikan cadangan disebabkan kita bukan berbangsa Arab? Dan, oleh sebab itu kita tidak akan berpeluang untuk menjadi pemimpin mereka?

Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab, walaupun negara jiran mereka yang sepatutnya menjadi yang pertama untuk menghulurkan bantuan. Kita mesti melakukan yang termampu sebaik mungkin.

Mengambil sempena tajuk diatas, mungkin itu sahaja yang termampu dilakukan oleh saya dan kebanyakan rakyat Malaysia buat masa ini. Tiga barangan tersebut dipilih kerana kita mempunyai banyak pilihan barangan jenama lain bagi menggantikan jenama yang tersebut.

Boikot bertujuan menghantar mesej kepada pengeluar barangan tersebut yang dikenal pasti antara penyumbang kepada kekuatan ekonomi mereka bahawa kita membantah tindak tanduk mereka melakukan pencerobohan terhadap Palestin, dan juga keengganan mereka mematuhi peraturan antarabangsa.

Untuk kita pergi berperang, belum tentu berani (bukan cakap orang lain pun, saya sendiri kurang berani. Lagipun belum berkahwin lagi). Takkanlah untuk memboikot barangan tersebut pun kita tidak mampu bukan?

Thursday, December 25, 2008

Syabas Husam Musa, tapi...

Tahniah dan syabas diucapkan kepada insan yang bernama Husam Bin Musa. Ketegasan beliau yang menyatakan hukum hudud sepatutnya menjadi tanggungjawab setiap umat Islam wajar disanjung tinggi. Pedulikan bantahan yang dikemukakan oleh DAP .

Bantahan tersebut sememangnya sudah dijangka. Ini kerana kita yang dilahirkan Islam sejak azali pun kadangkala terkeliru, inikan pula para pemimpin DAP yang kebanyakan daripada mereka bukan beragama Islam.

Datuk Ismail Kamus dalam ceramahnya di satu forum hudud ada menyatakan bahawa "adalah menjadi satu kesalahan yang tidak dapat diampunkan bagi orang Islam yang tidak pernah berniat untuk melaksanakan hukum Islam dalam negaranya" . Petikan diatas dapat dilihat melalui laman http://www.youtube.com/ dengan menaip forum hudud.

Diharap para pemimpin PAS tegas dengan pendirian dan impian untuk melaksanakan hukum Allah di bumi Malaysia yang tercinta ini. AMIN...

Sunday, November 30, 2008

Fatwa berasaskan hukum dan hanya terpakai kepada umat Islam

Sekadar memberi peringatan kepada pihak-pihak tertentu (yang semestinya tidak mempunyai authoriti) yang akhir-akhir ini kelihatan seakan-akan mencampuri urusan yang berkaitan dengan agama Islam. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perbuatan pengkid dan amalan yoga mendapat bantahan daripada puak-puak (sengaja saya menggunakan perkataan "puak", kerana hanya bahasa tersebut yang mudah difahami oleh mereka. Cakap baik-baik bukan nak dengar pun)tersebut.

Ingin saya persoalkan disini, atas kapasiti apa mereka (terutamanya bagi yang bukan Islam) bercakap/memprotes keputusan tersebut? Apakah sekadar bertopengkan hak asasi manusai, mereka layak untuk menjadi "spoke person" bagi pihak wanita Islam? Jika begitu, apakah perbezaan yang akan dapat dilihat antara wanita Islam dengan mereka yang bukan Islam?

Bagi "puak" yang beragama Islam pula, adakah kamu sedar bahawa kita sebagai umat Islam, rujukan kita ialah Quran, Hadis, ijmak ulama dan tidak tahu. Akal fikiran bukan merupakan sumber rujukan. Oleh itu, mereka yang tersebut disaran kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Bagi yang bukan Islam, tolong hormat perkara yang langsung tidak ada kena mengena dengan urusan kamu. Apa yang kamu rasa sekiranya kami mencampuri urusan agama kamu? Cara kamu berpakaian sebagai contoh?

Thursday, October 30, 2008

Lebuh raya: "Win win situation" kepada pihak kerajaan dan pemegang konsesi


Lebuh raya merupakan jalan pintas yang dibina oleh pihak kerajaan untuk kemudahan pengguna jalanraya, sangat berguna terutama kepada pengguna selain daripada mereka yang bermotosikal. Ini kerana para pengguna mampu mengelak daripada bertembung dengan lampu isyarat, masuk persimpangan baru, melalui penempatan orang ramai dan sebagainya. Ringkasnya, tol mampu memendekkan perjalanan kita untuk tiba ke sesuatu tempat.

Tetapi, pengguna perlu membayar untuk menggunakan kemudahan tersebut. Ini yang menjadi rungutan para pengguna, terutamanya bagi lebuhraya yang dibina di tengah-tengah bandar. Cuba kita bandingkan antara LDP (Lebuhraya Damansara Puchong) sebagai contoh berbanding dengan PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan).

LDP menghubungkan Damansara dengan Puchong yang mana jarak antara kedua-dua tempat tersebut kurang dari 50 km, sementara PLUS menghubungkan Johor Bahru dengan Bukit Kayu Hitam dengan jarak lebih 800 km.

LDP digunakan oleh penduduk sekitar Damansara/Puchong yang dengan kekerapan yang agak tinggi, dan mungkin lebih daripada sekali setiap hari, bergantung kepada destinasi yang hendak dituju. Mereka akan terpaksa membayar tol sekiranya melalui tempat membayar tol yang terletak di Damansara/Puchong. Sepanjang laluan tersebut terdapat penempatan penduduk, pejabat juga kompleks membeli belah.Jadi sudah semestinya laluan tersebut agak sesak terutamanya pada waktu-waktu puncak.

Apa yang dipersoalkan disini ialah dimanakah fungsi lebuhraya sebagai jalan pintas bilamana pengguna laluan tersebut turut sama terperangkap dalam kesesakan jalanraya, terutamanya menjelang waktu puncak, dan ada kalanya diluar waktu puncak juga. Ini amat berbeza dengan PLUS yang hanya mengalami kesesakan menjelang musim perayaan, dan juga kadangkala ketika waktu puncak untuk sesetangah jarak sahaja.

Jadi sebagai alternatif, mengapa tidak tol dikecualikan atau diberi diskaun kepada para pengguna yang melalui tol-tol tersebut ketika waktu puncak. Keadaan ini amat mendesak terutamanya bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang. Mereka hidup dikelilingi oleh lebuhraya seperti LDP, NPE (New Pantai Expressway), KeSAS (Lebuhraya Kelang Shah Alam).

Sudahlah perjanjian antara pemegang konsesi dan pihak kerajaan diklasifikasikan sebagai OSA (Akta Rahsia Rasmi) sebelum ini, dan semua kenderaan yang melalui tol tersebut (tidak kira 100 000 seminggu atau 250 000 seminggu sebagai contoh) kesemuanya untung diambil oleh pemegang konsesi. Mengapa tidak dibuat formula sebagai contoh:

a. 100 000 kenderaan pertama dikenakan cas penuh (balik modal untuk membayar pinjaman bank)
b. 200 000 kenderaan berikutnya dikenakan cas 75 % (mula mendapat untung)
c. Selebihnya dikenakan cas 50 % (Untung yang seterusnya)

Perlu ditegaskan disini, tugas menyediakan kemudahan awam terletak di bahu pihak kerajaan. Walaubagaimana pun, kerajaan tidah boleh melepaskan terus tanggungjawab mereka dan terus menerus menekan rakyat dengan kenaikan kadar tol selang beberapa tahun.

Di pihak pemegang konsesi, sekiranya berniaga membuat lebuhraya merupakan satu perniagaan yang pasti menjamin keuntungan, ini sudah tidak dikira sebagai perniagaan. Perniagaan semestinya melibatkan perkiraan untung rugi bukan?

Friday, August 29, 2008

Selamat berpuasa politician BN & PR

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga Malaysia, terutamanya kepada para pemimpin politik BN (Barisan Nasional) dan juga PR (Pakatan Rakyat) yang beragama Islam.

Politik negara cukup hangat terutamanya sejak tsunami 8 Mac 2008, sehinggalah kepada kembalinya bekas TPM, Anwar Ibrahim ke Parlimen 26 Ogos lepas. Bermula dari pilihanraya, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan MP (Ahli Parlimen) dipilih oleh rakyat. Dari kalangan ADUN, Exco kerajaan negeri dan Menteri Besar dilantik. Kalangan MP pula dilantik bagi jawatan Timbalan Menteri, Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan juga Perdana Menteri.

Dengan kedudukan kerajaan yang kurang 2/3 ahli dalam dewan rakyat, dan kembalinya Anwar Ibrahim ke Parlimen selepas 10 tahun, kedua-dua BN dan PR sepatutnya duduk bersama untuk membincangkan segala dasar dan langkah yang bakal diambil kearah kesejahteraan rakyat.

Dengan kehadiran bulan puasa yang mana semua umat Islam tidak makan dan tidak minum, tanpa mengira pangkat, kedudukan dan status, seharusnya pemimpin-pemimpin politik tersebut (terutamanya yang memegang kuasa) dapat menyelami kesengsaraan rakyat yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga barang dan inflasi.

Pihak kerajaan dengan bantuan pihak pembangkang perlu duduk bersama untuk mencari jalan bagi meringankan beban rakyat. Ingatlah bahawa tanpa sokongan rakyat, belum tentu kamu akan menduduki jawatan yang kamu miliki kini. Sekiranya gagal, eloklah kamu meletakkan jawatan untuk memberi peluang pihak lain mengambil alih teraju kepimpinan.

Ingatlah, sebagai pemimpin kamu akan ditanya dan dipersoalkan lebih banyak di akhirat kelak berbanding dengan kami rakyat biasa, kerana segala tindak-tanduk kamu besar impaknya kepada kami sekalian yang berada di bawah.

Thursday, July 24, 2008

Mentor jutawan bersama Irfan Khairi

Anda tercari-cari jawapan kepada"Bagaimana hendak jadi kaya?"

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!

Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!

Ikuti transkripsi penuh temubual Irfan Khairibersama ikon & mentor jutawan Malaysia...

Dari: Irfan Khairi
Lokasi: Kuala Lumpur

Memang tidak dapat dinafikan lagi, kelapan-lapan jutawan ini tahu segala rahsia, tip, strategi, teknik dan minda bagaimana hendak menjana berjuta ringgit!

Apakah harga satu ilmu yang boleh diperturunkan oleh satu jutawan kepada anda untuk kejayaan anda?
Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
  • Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
  • Azizi Ali, Jurulatih jutawan
  • Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
  • Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
  • Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
  • Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
  • Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
  • Irfan Khairi, Jutawan Internet
Klik link berikut untuk maklumat lanjut
http://www.irfankhairi.com/mentor/?a_aid=6759b62c

Saturday, June 28, 2008

Pembukaan Starbucks di IPTA: Sokongan kepada ISRAEL!

Starbucks merupakan antara salah satu produk utama yang pernah disenaraikan untuk diboikot oleh PAS/Persatuan Pengguna Islam selain daripada Colgate dan Coca-cola. Ini kerana syarikat tersebut dikenal pasti membuat sumbangan secara langsung kepada negara Israel yang diketahui melakukan pencerobohan keatas negara Palestin sejak 60 tahun yang lalu.

Jadi kita sebagai umat Islam dan rakyat yang prihatin hendaklah melakukan protes sebagai tanda bantahan keatas kezaliman mereka. Sebagai rakyat biasa, langkah terbaik bagi kita mungkin untuk memboikot barangan mereka, yang mana akan memberi kesan kepada pulangan keuntungan dan membuatkan mereka berfikir semula kewajaran mereka untuk bersekongkol dengan Israel.

Saya bukanlah anti kepada perniagaan mereka, tetapi ini sebagai tanda protes umat Islam terhadap keceluparan pihak pengurusan Starbucks yang pernah mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan sebahagian daripada untung yang diperoleh untuk membantu "perjuangan" mereka di Palestin.

Perjuangan apa ini? Perjuangan untuk mengusir penduduk asal Palestin dari tanah air mereka sendiri?

Bagaimana kita sebagai sebuah negara Islam (yang juga bekas Pengerusi OIC) yang menentang keras pencerobohan Israel ke atas Palestin boleh menyokong idea tersebut. Kita secara tidak langsung telah membantu menguatkan ekonomi Israel.

Jika pun kita tidak seradikal untuk menghalau Starbucks keluar dari bumi Malaysia atau sekurang-kurangnya melancarkan kempen untuk memboikot barangan keluaran mereka/yang menyumbang kepada kekuatan mereka, janganlah sampai kita menambahkan kekuatan ekonomi mereka secara tidak langsung.

Sebagai alternatif, mengapa tidak dicadangkan kedai makan/kafe yang beroperasi dalam IPTA untuk meyediakan sendiri perkhidmatan wifi. Mereka hanya perlu mempunyai satu akaun internet dan membuat sambungan wireless sendiri.

Ini secara tidak langsung memberi idea kepada mereka untuk meningkatkan kualiti perniagaan dan juga memberi pendedahan tentang teknologi wireless, seperti kata pepatah "serampang dua mata".

Mungkin apa yang kita boleh pelajari disini ialah bagaimana mereka menguruskan perniagaan sehingga mampu membuka sekian banyak cawangan, dan juga menjadi pilihan orang ramai untuk minum sambil lepak menikmati perkhidmatan wireless percuma.

Saturday, June 07, 2008

Penstrukturan semula subsidi atau pelepasan tanggungjawab

Membebankan. Itu rumusan terbaik yang dapat dibuat terhadap keputusan pihak pemerintah yang menaikkan harga minyak berkuatkuasa tengah malam 5 Jun lalu.

Kenaikan tersebut yang dikenali sebagai "penstrukturan semula subsidi" tidak ubah seperti pelepasan tanggungjawab.

RM 625 untuk kereta bawah 2000 cc dan RM 150 untuk pengguna motosikal bawah 250 cc (rebet yang diberikan untuk tempoh setahun) tidak lebih daripada silap muta murahan yang kurang menjadi.

Dengan mengambil contoh kereta, rebet yang diperoleh sebulan ialah sekitar RM 52.08, yang mana jumlah sebanyak itu hampir pasti tidak mencukupi untuk pergi ke tempat kerja. Sedangkan bermula tengah malam 5 Jun pengguna perlu membayar sebanyak RM 2.70 untuk seliter petrol.

Rebet yang diberi sekadar penyedap halwa telinga atau tidak lebih sekadar gimik berbanding kenaikan yang dikenakan hampir 40 %.

Lagu lama yang sering dimainkan, iaitu minyak kita antara yang terendah dikalangan negara jiran diputarkan semula. Bagaimana pula kadar harga minyak kita dikalangan negara pengeluar minyak?

Dikalangan negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia; kesemua mereka merupakan negara pengimport minyak. Secara logiknya memanglah minyak mereka lebih mahal berbanding kita.

Sekadar mengimbas kembali posting asal saya berkenaan harga minyak negara ketika blog ini mula-mula diwujudkan. Apa yang pasti kita sebagai negara pengeluar minyak tidak sepatutnya menaikkan harga minyak.

Kesimpulannya, saya mengutuk sekeras-kerasnya kenaikan harga minyak yang amat menbebankan ini dengan mencabar pihak pemerintah agar membentangkan belanjawan Petronas di Parlimen dengan segera. Tidak cukup sekadar memberitahu bahawa duit tersebut digunakan unutk pembangunan (alasan yang terlalu umum).

Monday, May 12, 2008

Tiada murtad dalam Islam

Merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang membenarkan permohonan murtad oleh Siti Fatimah. Saya ingin menyatakan disini bahawa bukan niat saya untuk mepertikaikan keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah.

Tetapi yang ingin ditekankan disini ialah respond yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu (yang agak berpengaruh dan pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan termasuk bekas menteri) terhadap keputusan mahkamah tersebut.

Apa yang pasti mereka memberikan komen berdasarkan logik akal masing-masing. Sepatutnya komen tersebut mestilah berdasarkan fakta, bukan sekadar tangkap muat sahaja. Perkara berkaitan agama, kaum merupakan isu yang sensitif.

Islam merupakan satu-satunya agama yang tidak membenarkan murtad. Oleh yang demikian mereka yang beragama Islam adalah tertakluk kepada larangan tersebut. Mereka tidak boleh
sewenang-wenangnya untuk keluar masuk Islam seperti "membership" untuk menganggotai mana-mana persatuan sebagai contoh.

Adalah tidak masuk akal untuk pihak-pihak yang tidak mempunyai "authority" untuk bercakap mengenai perkara-perkara yang mereka sememangnya kurang arif. Bagaimana boleh mereka yang bukan Islam bercakap bagi pihak agama Islam? Adakah sekadar berselindung disebalik isu hak asasi maka mereka berhak mendesak kita untuk membolehkan murtad?

Adalah diharapkan pihak-pihak tersebut tidak lagi berusaha untuk mencampuri urusan agama lain, terutamanya Islam yang akhir-akhir ini diserang dengan tuntutan oleh IFC (Inter Faith Commission) yang mana salah satu tuntutannya adalah bagi membolehkan murtad.

Saya juga berharap pihak kerajaan dapat menguatkuasakan undang-undang bagi menghalang penganut agama Islam daripada murtad. Mereka juga boleh mengadakan sesi penerangan dan dialog dengan orang bukan Islam bagi mengelakkan kekeliruan yang akan timbul dikemudian hari.

Thursday, May 08, 2008

Saturday, April 26, 2008

Dadah haram disisi Islam; bagaimana dengan rasuah?

Pernahkah anda melihat papan tanda di atas yang berbunyi "Dadah haram disisi Islam"? Gambar tersebut diambil di salah satu masjid yang terdapat di kawasan Lembah Pantai. Apa kata anda, setuju atau tidak dengan kata-kata di atas?

Secara peribadi saya kurang bersetuju dengan kata-kata diatas. Ini adalah kerana dadah itu boleh diumpamakan seperti makan, yang mana kita hari-hari perlu makan untuk meneruskan hidup. Jika terlebih makan; badan boleh naik, dan tidak mustahil lama kelamaan penyakit boleh datang.

Dadah diperlukan untuk membuat ubat, yang mana boleh dikatakan setiap orang pernah memakannya (yang mana kandungan dadah dalam ubat tersebut adalah dalam kuantiti yang terkawal).

Tetapi bilamana kandungan yang diambil melebihi daripada dos yang dibenarkan, itu yang dikatakan penyalahgunaan dadah. Penyalahgunaan dadah yang sebenarnya musuh negara, tetapi bukan yang utama jika dibandingkan dengan rasuah bukan?

Mengapa rasuah?

Sebagai perbandingan mudah, untuk menangani masalah dadah, kita mempunyai AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan). Untuk rasuah pula bagaimana?

Jika dadah yang terdapat dalam ubat dibandingkan dengan rasuah yang kecil, apakah "rasuah minor" itu dibenarkan? Bukankah perbuatan merompak itu dimulakan dengan mencuri? Bukankah rasuah mampu meruntuhkan sesebuah tamadun bilamana segala habuan dunia (wang ringgit, wanita, pangkat dan lain-lain) menjadi pertukarannya?

Dengan itu, pengumuman oleh kerajaan untuk menjadiakan BPR (Badan Pencegah Rasuah) beroperasi seperti sebuah suruhanjaya menjelang akhir tahun amat dialu-alukan. Ini juga bermakna suruhanjaya tersebut akan bertanggungjawab terus kepada Parlimen.

Kita juga mengharapkan agar kerajaan mengisytiharkah rasuah sebagai musuh nombor satu negara sebagai menggambarkan akibat buruk yang bakal terjadi daripada gejala tersebut.

Tuesday, April 08, 2008

Keputusan PRU-12: Rakyat yang sepatutnya untung pada akhirnya

BN hilang majoriti 2/3 buat pertama kalinya. Lima negeri termasuk Kelantan jatuh ketangan Barisan Rakyat (PAS, PKR dan DAP). Ini tidak termasuk Wilayah Persekutuan yang mana 8 daripada 11 kerusi parlimennya dikuasai Barisan Rakyat, begitu juga dengan Sarawak yang hanya menjalankan pilihan raya peringkat parlimen.

Senario yang berlaku diatas sememangnya boleh dikatakan agak diluar jangkaan sebelum berlangsungnya hari pengundian.

Apa yang pasti gelaran “YB” yang menjadi rebutan kini mula memberikan perspektif yang baru dalam konteks politik Malaysia (yang rata-ratanya masih tebal dengan sikap perkauman).

BN yang mengalami tsunami politik semestinya akan berusaha untuk menawan kembali hati rakyat yang selama ini menyokong mereka. Begitu juga dengan BR (Barisan Rakyat) yang berjaya menawan 4 negeri baru dan mengekalkan pemerintahannya di Kelantan, turut berusaha untuk membuktikan yang mereka jauh lebih baik daripada BN.

Wakil-wakil rakyat yang mula dipilih kini benar-benar menjadi "wakil rakyat" dalam erti kata yang sebenar. Bila mana para pengundi kini mula memerhatikan apa yang wakil-wakil mereka lakukan, dan bersedia pula untuk menghukum mereka dan juga parti yang diwakili sekiranya gagal menjalankan tugas, para YB kini perlu memastikan amanah yang dipikul adalah dengan penuh tanggungkjawab demi kesejahtreaan rakyat.

Satu persoalan yang agak menarik untuk diketengahkan disini ialah apakah Malaysia kini sudah bersedia untuk diwakili hanya oleh dua parti seperti mana yang diamalkan di negara-negara maju?

Mungkin masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai persoalan diatas. Walaubagaimanapun, sekiranya cadangan di atas mampu memberi pulangan yang menguntungkan kepada rakyat, mengapa tidak bukan?

Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat bertugas kepada kerajaan yang baru dilantik (samada dari pihak BN mahupun BR), bersama wakil-wakil mereka. Berilah mereka peluang untuk melaksanakan amanah yang diberi.

Sekiranya kedua-dua mereka gagal, apakah para bloggers yang kini bernaung di bawah NAB (National Alliance of Bloggers) bersedia menawarkan diri? Apa kata anda?

Saturday, March 29, 2008

Pantun HINDRAF n BERSIH

Oleh H Fansuri, HARAKAH

Anak Hindraf berdemo di KLCC
Disiram water canon pedihlah matanya
Abdullah jatuh suatu masa nanti
Sama-samalah kita menyaksikannya! (Insya Allah Ta'ala)

Anak Bersih berkuning di kota
Mahu ke istana dihalang FRU
Abdullah bakal berputih mata
Hajat tak sampai hatinya pilu

Saturday, March 22, 2008

Salam mula Menteri Penerangan: Jumpa penulis blog

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pendapat penulis blog tidak boleh diketepikan dan beliau akan bertemu mereka secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat balas berhubung pembinaan negara.

For more info, klik
http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=778&Itemid=0

Komen:

It is a good start, since bloggers do fight to uphold the article 10 of the federal constitution (freedom of speech, assembly and to form an organisation) for a better Malaysia.

Thursday, March 13, 2008

Monday, March 10, 2008

Dr M: Thank you, bloggers

Oleh Rocky's Bru

This morning, after telling Pak Lah to take responsibility for the BN's heavy losses in yesterday's general election, Dr Mahathir said while we shook hands: "Someone told me that we should thank bloggers ... I don't know for what." He said it with a cheeky smile.

A lady blogger behind me managed, "You're welcomed".

Saturday, March 08, 2008

Thursday, February 28, 2008

Y4C keluarkan klip video jenaka politik untuk tatapan umum

Oleh Harakah Daily

Sebagai kesinambungan Kempen Pendaftaran Pengundi Baru 2007 sempena Pilihan Raya Umum ke-12, Youth For Change (Y4C) telah mengeluarkan empat klip video dan siri turun padang ke kawasan-kawasan tumpuan.

Empat klip video yang dikeluarkan adalah Setem YB, Ubah Gaya hidup, Rom Pak Lah dan YB vs Bloggers telah dilancarkan hari ini, bertempat di Auditorium, Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut Pengerusi Y4C, Lee Khai Loon, dalam sidang media sebelum tayangan tersebut, dengan mengeluarkan klip video polik yang mencungkil minda dan perasaan, Y4C berharap ia akan menggalakkan orang awam untuk berfikir dan berdiskusi.

Beliau juga menganggap lawak jenaka yang sinis terhadap ahli politik adalah satu aksi bijaksana. Bahkan katanya, politik bukan sekadar pertarungan atas kepentingan parti, ia juga mempunyai kaitan dengan perasaan seharian masyarakat.

"Dengan menggunakan deria masyarakt untuk merasai kuasa yang mempengaruhi mereka, ia dapat membongkarkan penipuan orang yang berkuasa.

"Lawak jenaka yang ditonjolkan menggunakan isu-isu politk semasa sebagai bahan cerita. Ia bertujuan untuk menilai pemerintah yang giat berbincang tentang reformasi tapi berakhir dengan slogan sahaja. Lawak jenaka ini juga bertujuan untuk membersihkan sebarang penipuan dan mewujudkan rasa percaya diri," katanya.

Katanya, apabila pemerintah bertungkus lumus mencuba untuk menguasai minda dan fikiran rakyat, maka rakyat akan mencari ruang untuk meloloskan diri daripada belenggu pemerintah.

Jelasnya, walaupun bukan senang untuk membongkar penipuan, ia memerlukan tindakan dan tindakan organisasi yang berani. Di samping itu katanya, konsistensi dan tekad untuk mengambil tindakan adalah penting.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan klip video tersebut menggalakkan penonton unutk merenung dan mengimbas kembali apa yang telah berlaku sebelum ini dan membuat keputusan yang bijak pada hari pilihan raya nanti.

Orang ramai boleh menyaksikan klip video 'Siri YB'ini di laman http://youtube.com.my

Sunday, February 24, 2008