Kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter, pada penghujung Februari 2006 merupakan antara titik tolak kepada ketidakpuasan hati rakyat kebanyakan terhadap kepimpinan Bedolah Hadhari. Pengumuman kenaikan secara mengejut yang dibuat pada tengah malam juga menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.
Seringkali alasan yang diberi adalah kerana kenaikan harga minyak dunia dan tanggungan subsidi oleh kerajaan yang semakin meningkat. Memang betul harga minyak dunia meningkat, begitu juga dengan subsidi yang ditangung oleh kerajaan, tetapi harga minyak tetap tidak boleh dinaikkan.
Fakta pertama yang mana kebanyakan rakyat tidak perasan ialah Malaysia merupakan negara pengeksport minyak. Jadi, kenaikan harga minyak dunia sememangnya memberikan Petronas keuntungan yang berlipat kali ganda. Apa gunanya kita dihebahkan Petronas mencatat keuntungan berpuluh billion setiap tahun, tetapi rakyat tidak memperoleh laba daripada keuntungan tersebut.
Keuntungan Petronas yang begitu banyak didakwa digunakan untuk pembangunan. Kita sokong pembangunan. Tetapi persoalan yang dipertikaikan disini ialah mengapa perbelanjaan Petronas tidak pernah dibentangkan di Parlimen? Pembangunan yang mana menggunakan duit Petronas? Siapa yang mendapat projek? Adakah projek diberi melalui tender terbuka atau direct negotiation (a.k.a. kroni)? Adakah projek tersebut memberi manfaat kepada rakyat terbanyak? Ini merupakan fakta kedua yang mana kebanyakan rakyat tidak menyedarinya.
Fakta ketiga lebih kurang sama dengan yang kedua iaitu ketelusan. Petronas hanya bertanggungjawab kepada PM Bedolah Hadhari sahaja. Jadi, sekian banyak persoalan yang dikemukakan sebentar tadi hanya PM dan mereka yang rapat dengannya sahaja yang mengetahuinya.
Jika betul digunakan untuk pembangunan, mengapa kerajaan begitu keberatan untuk membentangkan belanjawannya di dewan rakyat?
Lagi satu hujah yang sering dimainkan ialah harga minyak yang dijual di negara ini masih yang terendah dikalangan negara-negara Asean. Sememangnya hujuah itu betul dan tepat, kerana kita negara pengeluar minyak. Yang dipersoalkan disini ialah bagaimana dengan kuasa beli rakyat? Ini yang cuba disembunyikan oleh media arus perdana.
Mengapa tidak dibandingkan dengan Thailand yang mana lebuhrayanya percuma, Singapura yang mana gaji pencuci tandasnya RM 2000 sebulan, Indonesia yang mana dengan RM 10 cukup untuk membeli barang dapur untuk bekalan seminggu?
Anda masih ingat dengan perang Iraq yang pertama tahun 1991. Ketika itu harga minyak dunia naik melambung. Tetapi kerajaan tidak menaikkan harga minyak kerana sebab yang disebutkan diatas tadi. Untuk rekod, menteri kewangan ketika itu ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri. Suatu fakta sejarah yang patut dihighlightkan.
1 comment:
Aku sokong sangat2. Ini menteri2 memerintah xsmpi 20thn dah byk kali harga minyak naik. Agak2 klu 10tn dr skrg brapa harga minyak kita ye.
Asyik2 ckp harga minyak kita murah, xtau ke gaji kita pun murah? Dah tu suma brg plak pakat naik harga. Gaji cam tu gak !!! Geram aku
Post a Comment