"Ada satu masaelah. Satu; banyak-banyak. Dua; sedikit-sedikit. Tiga; jarang-jarang. Empat; kadang-kadang. Apa jawapnya?", tanya ahli nujum lawan kepada ahli nujum Beringin Rendang, Pak Belalang. Dijawab oleh Pak Belalang, "Kaf Alif Win, kawin". Dengan hujah balas, dapat dibuktikan bahawa kahwinlah jawapannya yang sebenar.
Kahwin mempunyai banyak hukum, bergantung kepada keadaan. Secara amnya, berkahwin itu sunat. Banyak kelebihannya; menenteramkan hati, memelihara pandangan, menambahkan keturunan dan juga sunnah nabi. Nabi juga pernah berkata, tiga benda tidak boleh tangguh. Solat bila tiba waktunya, jenazah apabila telah sempurna (dimandi, dikapan dan disembahyangkan) dan juga anak dara apabila telah diminta oleh sang teruna (yang sekufu dengannya).
Tetapi keadaan sudah terbalik sekarang. Benda yang baik (kahwin sebagai contoh), menjadi begitu sukar. Sebaliknya, benda-benda yang haram dan lagha dimudahkan. Sebagai contoh di KL lebih mudah untuk mendapatkan dadah berbanding memperoleh akhbar-akhbar parti pembangkang, lebih mudah untuk memperoleh social escort/pelacur berbanding untuk berkahwin; seperti kata Haji Bakhil dalam filem Labu dan Labi,"sediakan saja duitnya, banyak-banyak".
Hakikah yang agak pahit untuk ditelan, tetapi itulah realiti yang berlaku sekarang. Gejala yang sama sudah mula menular ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar, tidak hanya terhad di kawasan bandar-bandar besar.
Jika ditanya kepada anak-anak muda, mengapa masih membujang, jawapan yang diberi agak stereotaip. Anak sulung nak bantu keluarga, belum sampai seru dan yang sewaktu dengannya. Tidak dinafikan jawapan yang diberi ada asanya, tetapi percentage ketepatan jawapan tersebut hanyalah sekitar 5% ke 10% sahaja. Punca utama adalah disebabkan kenaikan taraf hidup dan juga adat masyarakat yang menyusahkan (wang hantaran sebagai contoh).
Penulis suka untuk menekankan disini mengapa kita tidak berbalik kepada asas agama. Islam itu indah, memudahkan urusan, lebih-lebih lagi yang membawa kepada kabaikan dan amar makruf nahi mungkar. Hadis nabi pernah menyebut (hadis sahih), "apabila datang seorang lelaki yang soleh untuk meninang anak perempuan kamu dan kamu tolak, maka bersedialah kamu untuk menerima fitnah yang paling besar".
Apabila bercakap mengenai kahwin, tidak dapat tidak kita pasti mengaitkannya dengan lelaki terhangat di pasaran kini. Siapa lagi kalau bukan Abdullah Badawi aka Bedolah Hadhari. Seorang PM tanpa first lady, pastinya menyedihkan. Ada pepatah pernah menyebut, "Seorang lelaki yang berjaya, pasti ada seorang wanita di belakang yang menyokongnya". Itu salah satu sebab kita lihat PM tidak begitu berjaya. Half-past-six kata Tun Dr M.
Orang mati bini, jiwanya kacau. Kedudukannya sebagai Ketua Eksekutif yang jiwanya kacau, menyebabkan keseluruhan rakyat turut sama merasa tempiasnya. Manakan tidak, kenaikan inflasi yang berpunca daripada kenaikan harga minyak yang mendorong kepada kenaikan sara hidup dan harga barang, yang mana kenaikan ini tidak sepatutnya dihalalkan (akan dibincangkan dalam artikel yang akan datang) dirasai oleh seluruh rakyat, tidak kira samada penyokong kerajaan , pembangkang, UMNO totok, orang tanpa parti, rakyat marhaen dan segenap lapisan manusia. Hanya orang-orang kaya dan kroni sahaja yang tidak terjejas.
Jawapan yang diberi untuk menghalalkan tindakan bercelaru. Anggota kabinet hanya tahu menhawab, kami sokong. Kita berharap sangat bedolah akan berkahwin bagi membolehkannya kembali on the right track. Walaupun dia boleh dikatakan PM paling bangang dalm sejarah, tetapi dia masih memegang kuasa untuk sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya yang akan datang. Macam-macam yang boleh terjadi menjelang tempoh tersebut.
Sahabat nabi benama Abu Darda'. Disaat akhir hayatnya, sudah hampir mati, dia berkata,"kahwinkan aku, kahwinkan aku.Aku malu bertemu tuhanku dalam keadaan bujang". Jadi sama-samalah kita berharap bedolah akan meyerahkan gelaran lelaki terhangat dipasaran kepada calon lain. Katakan selepas ini dia tidak lagi menjadi PM pun, berkahwin itu hukumnya sunat.
No comments:
Post a Comment