Media arus perdana sering memberi gambaran wakil pembangkang di parlimen mahupun dewan undangan negeri (DUN) sering berlagak "samseng", selain membangkang membuta tuli. Dengan siaran langsung persidangan yang tidak pernah dibuat secara langsung, bolehkah tuduhan sedemikian ditelan bulat-bulat? Malahan mereka lebih selesa dengan membuat lintas langsung perkahwinan selebriti, konsert oleh para artis dan yang seumpamanya.
Perlu ditekankan disini peranan yang dimainkan oleh pembangkang adalah sebagai check and balance. Saranan yang pernah dikemukakan oleh MP Johor Bahru yang juga bekas Pengerusi BNBBC, Dato' Shahrir Samad, bahawa peranan yang sama dapat dimainkan oleh ahli-ahli parlimen kerajaan merupakan gambaran kepada tajuk diatas.
Tidak dinafikan perjalanan Parlimen dibawah pemerintah kini agak terbuka dengan perbincangan yang mencakupi pelbagai isu. Walaubagaimanapun, sekiranya kita memandu sekadar mencecah gear dua, berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk sampai ke destinasi yang dituju?
Dengan mengambil isu rasuah sebagai contoh, selagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak diletakkan di bawah parlimen dan berfungsi sebagai sebuah badan bebas, selagi itulah kuasa penentu samada pendakwaan akan diteruskan atau tidak, ditentukan oleh PM Bedolah Hadhari.
Kita sokong (seperti kata ahli-ahli kabinet half-past-six) dasar kerajaan untuk membanteras rasuah, tetapi setelah 49 tahun merdeka, BPR masih lagi berada di gear dua. Apakah kita perlu menunggu setengah abad lagi untuk BPR mencecah gear lima, seterusnya sampai ke destinasi yang dituju?
Begitu juga dengan perolehan keuntungan Petronas yang didakwa digunakan untuk pembangunan. Kita sokong pembangunan. Tetapi persoalan yang dipertikaikan disini ialah mengapa perbelanjaan Petronas tidak pernah dibentangkan di Parlimen? Pembangunan yang mana menggunakan duit Petronas? Siapa yang mendapat projek? Adakah projek diberi melalui tender terbuka atau direct negotiation (a.k.a. kroni)? Adakah projek tersebut memberi manfaat kepada rakyat terbanyak?
No comments:
Post a Comment