Tahukah ANDA? GMI ialah singkatan kepada Gerakan Mansuhkan ISA
Tahukah ANDA? ISA menahan orang tanpa bicara, tanpa peluang bela diri, tanpa dibuktikan bersalah.
Tahukah ANDA? ISA adalah undang-undang yang tidak memerlukan pihak kerajaan mengemukakan sebarang pendakwaan, tidak memberi peluang pembelaan kepada tertuduh dan tiada sebarang perbicaraan dilakukan.
Tahukah ANDA? Objektif utama GMI adalah:
Membebaskan semua tahanan ISA
Memansuhkan akta zalim ISA
Menutup kem Kamunting
Mendakwa tahanan ISA di mahkamah terbuka
Tahukah ANDA? ISA telah menahan berpuluh-puluh ribu orang sejak digubal pada 1 Julai 1960. Ada yang pernah ditahan sehinggan 22 tahun lamanya!
Tahukah ANDA? Terdapat kira-kira 100 orang tahanan yang ditahan di bawah ISA di Kem Kamunting (KEMTA) sekarang.
Tahukah ANDA? Beratus-ratus orang ahli keluarga terkesan dengan penahanan berkenaan bila mana sumber mata pencarian utama dan kasih sayang hilang sekelip mata.
Tahukah ANDA? ISA merampas kebahagiaan keluarga mereka dan membawa penderitaan yang perit. Ahli perniagaan yang berjaya menjadi bankrap. Rumah yang dibeli akan dilelong. Punca rezeki keluarga direntap dengan kejamnya. Persekolahan anak-anak terbantut. Terdapat juga ahli-ahli keluarga tahanan yang menghidapi penyakit mental yang serius.
Tahukah ANDA? Di bawah ISA, Menteri Keselamatan Dalam Negeri ialah pendakwa, penghukum dan penilai pembebasan. Mahkamah paling tinggi negara pun tidak boleh mempersoalkan kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri ini. Salah guna kuasa dan penyelewengan boleh disembunyikan tanpa soal.
Tahukah ANDA? Suhakam telah mengesyorkan supaya ISA dimansuhkan kerana ia mencabuli hak asasi seseorang untuk didapati tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah. Ini juga selari dengan Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948 dalam Artikel 11 dan Deklarasi Islam mengenai Hak Asasi Sejagat 1981, Artikel 5.
Tahukah ANDA? ISA tidak digunakan untuk menjaga keselamatan dalam negara, tetapi ia digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat, menahan ahli politik, aktivis kesatuan sekerja, aktivis NGO, ahli akademik dan pemimpin pelajar untuk memastikan UMNO/ Barisan Nasional terus berkuasa.
Tahukah ANDA? Penggunaan akta itu bertentangan dengan ketetapan Islam yang meletakkan had batasan kepada kuasa pemerintah. Kuasa pemerintah, antara lain, dalam menegakkan keadilan mestilah tertakluk melaksanakannya melalui proses perbicaraan dalam mahkamah tebuka.
Tahukah ANDA? ISA juga menyalahi dan mengabaikan panduan Rasulullah s.a.w. dalam menjatuhkan sesuatu hukuman terhadap seseorang.
Tahukah ANDA? ISA turut menyalahi dan melanggar panduan Rasulullah s.a.w. agar hakim tidak membelakangkan kebenaran atau pun tidak jahil ketika menjatuhkan sesuatu hukuman.
Tahukah ANDA? Sikap kerajaan dalam menangani keadaan dua rakyat Malaysia yang dikaitkan dengan aktiviti terroris di Kem Guantanamo tidak konsisten dengan sikapnya di tanah air sendiri. Ratusan rakyat di Kem Tahanan Kamunting tidak diberikan hak perbicaraan.
Tahukah ANDA? SB memburuk-burukkan GMI kerana kempen-kempen GMI telah berjaya mendedahkan kezaliman ISA dan kejahatan mereka.