Saturday, October 14, 2006

Tazkirah yang dikesampingkan di bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan dimana ramai orang Melayu/Islam mengunjungi masjid/surau untuk mengerjakan soalt Isyak berjemaah dan juga terawih. Kehadiran sebegini ramai jemaah terutamanya oleh golongan muda/remaja sepatutnya diambil kesempatan oleh pihak masjid untuk mendekati golongan tersebut.

Kebanyakan daripada mereke-mereka ini jarang kelihatan di surau/masjid ketika bulan-bulan yang lain (termasuklah golongan dewasa). Sembahyang terawih sunat hukumnya, manakala menuntut ilmu pula wajib.

Ada tempat yang melakukan dua puluh rakaat, ada yang lapan rakaat. Jumlah rakaat yang dilakukan tidak menjadi masalah. Kesempurnaan solat yang dilakukan yang perlu dititikberatkan.

Tetapi yang dikesalkan ialah ketiadaan tazkirah di kebanyakan surau/masjid. Sembanyang terawih merupakan sembahyang untuk bersenang-senang, yang mana tidak perlu dilakukan dengan tergesa-gesa. Terdapat sesetengah tempat yang mana imam yang mengetuai sembahyang melakukannya dengan agak 'laju'. Biasanya tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan jemaah kerana "expert" yang dimiliki imam tersebut.

Terdapat sesetengah negeri seperti Selangor yang melarang nazir masjid daripada membenarkan tazkirah daripada dilaksanakan dipertengahan terawih. Malahan mereke juga diberi amaran akan dikenakan tindakan sekiranya ingkar. Sebagaimana kata salah seorang exconya, tazkirah boleh dilakukan pada bila-bila masa, tidak hanya pada bulan Ramadhan.

Memang betul apa yang dikatakan, tetapi kurang tepat. Pada bulan-bulan selain dari Ramadhan, jemaah yang mengunjungi surau/masjid kebanyakannya merupakan "ahli tetap". Jadi mengapa tidak diambil kesempatan daripada kebanjiran jemaah di bulan yang mulia untuk sama-sama ingat-mengingati dan mendekatkan diri dengan agama (yang mana pada bulan-bulan lain kita terlalu sibuk dengan urusan kerja dah hal-hal keduniaan).

Ditambah pula dengan segala macam serangan yang dihadapi oleh umat islam kini (sekularisme, hedonisme, murtad, IFC, artikel 11, dan sebagainya), seharusnyalah peluang yang ada tidak dipersia-siakan begitu sahaja.

No comments: