Sunday, November 05, 2006

ISA on the other side


Dalam Islam, untuk menjadi saksi sesuatu perbicaraan ada syarat-syarat tertentu yang perlu diikuti. Bukan semua orang layak untuk menjadi saksi.

Berlainan dengan ISA, siapa yang menjadi saksi? Menteri Keselamatan Dalam Negeri (Bedolah Hadhari yang terkini) dan para-para SB. Dengan berpandukan syak sahaja, mereka berkuasa untuk menahan seseorang tanpa bicara selama 60 hari di PRC (Pusat Tahanan Reman Polis) dan selanjutnya menyambung penahanan di KEMTA (Kem Tahanan Kamunting) selama 2 tahun.

Jika betul mereka-mereka yang ditahan melakukan jenayah, kita pun tidak menyokong mereka. Kenapa tidak dihadapkan saja mereka di mahkamah terbuka, kemukakan segala bukti untuk diadili dengan seadil-adilnya. KEMTA tidak ubah seperti penjara Abu Gharib di Iraq atau Kem Guantanamo Bay di Cuba. Kerajaan UMNO/BN menyalak supaya ditutup kedua-dua kem tersebut, tetapi pada masa yang sama menggunakan pendekatan yang sama terhadap rakyat negara sendiri.

Setidak-tidaknya kezaliman yang berlaku di kedua-dua kem tersebut telah diketahui umum melalui media cetak dan elektronik, tetapi KEMTA terus menjadi 1001 rahsia dan menyimpan misteri yang tersendiri.Hatta rakyat Malaysia pun ada yang masih tidak sedar dengan kewujudan KEMTA dan kezalimannya.

KEMTA yang pada mulanya berperanan untuk menangani aktiviti subversif komunis, telah disalahgunakan, peranannya lebih kepada untuk mengekalkan status quo pemerintah kini.
Mengundi/menyokong pemerintah kini samalah seperti merestui kezaliman yang dilakukan terhadap tahanan tanpa bicara. Bersediakah kita untuk menjawab didepan tuhan nanti mengapa kita masih bersekongkol dengan kezaliman yang berlaku di negara sendiri?


Pendedahan kezaliman ISA boleh diperolehi dengan mendapatkan buku "ISA: IA Sah Aniaya" dikedai buku Nufair Street, berhampiran Hospital Tawakkal di Setapak, Kuala Lumpur. Buku merupakan karangan Hj Subky Latiff, yang mengumpulkan testimoni-testimoni bekas tahanan semenjak ISA mula-mula diperkenalkan.

No comments: