Thursday, November 29, 2007
Sunday, November 25, 2007
Second you YB Opposition Leader!
Saya ingin memberikan sokongan kepada gesaan Ketua Pembangkang, YB Lim Kit Siang agar skop tugas Suruhanjaya Diraja yang bakal ditubuhkan tidak hanya menyiasat kesasihan klip video tersebut, tetapi turut mencakupi kandungannya sekali.
Cakap-cakap mengenai kebebasan badan kehakiman yang semakin diragui dipercayai telah bermula sejak dua dekad yang lepas. Peristiwa pemecatan Ketua Hakim Negara ketika itu (Tun Salleh Abas) menjadikan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman mula terhakis. Ini ditambah pula dengan pendedahan oleh bekas hakim mahkamah tinggi berkenaan perilaku hakim-hakim tertentu yang dipercaya terlibat dengan rasuah.
Suruhanjaya Diraja yang bakal ditubuhkan sememangnya amat mendesak dan boleh diumpamakan seperti cahaya di hujung terowong; kearah mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman.
Towards Reform in Judiciary System
Tuesday, November 20, 2007
Friday, November 16, 2007
Life is about CHOICES
Pernahkah anda mendengar kata-kata diatas? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Percayakah anda bahawa keadaan yang kita lalui pada hari ini sedikit sebanyak berpunca daripada apa yang kita lakukan sebelum ini, pendek kata pilihan yang telah kita buat.
Adakah anda berpuas hati dengan keadaan yang dilalui sekarang? Jika ya tahniah! Jika sebaliknya mengapa ya?
Proses membuat pilihan turut diajar kepada para pelajar sekolah (subjek kemahiran hidup untuk menengah rendah, sekitar tingkatan 1 jika saya tidak silap). Turut ditekankan disitu pertimbangan yang perlu diambil kira untuk membuat sesuatu keputusan/pilihan.
Dalam hidup, kita sentiasa perlu membuat keputusan penting yang semestinya memberi impak yang agak besar sekiranya kita melakukan kesilapan. Antaranya adalah keputusan yang dibuat ketika memilih teman hidup, mengundi dalam pilihanraya dan juga laluan yang dipilih sebaik sahaja menamatkan persekolahan.
Menyebut tentang pilihanraya yang dijangka bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang, satu keputusan penting perlu dibuat. Apakah majoriti rakyat masih tidak dapat melihat segala macam "kesalahan" besar yang dilakukan oleh pemerintah kini. Daripada isu yang amat dekat dengan kita semua iaitu peningkatan sara hidup yang naik mendadak, sehinggalah kepada penyelewengan duit rakyat sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporan perbelanjaan kerajaan bagi tahun 2006.
Rakyat wajar memainkan peranan sebagai hakim bagi menghukum kesalahan yang telah dilakukan oleh pemerintah kini. Jika sekiranya tidak mampu menukar pemerintah yang ada, sekurang-kurangnya majoriti rakyat dapat menghantar lebih ramai wakil-wakil pembangkang di Dewan-dewan Undangan Negeri dan juga Dewan Rakyat. Ini penting sebagai check and balance, dengan kata lain kita mengingatkan pemerintah bahawa KAMI memerhatikan anda.
Selamat membuat pilihan!
Friday, November 09, 2007
Perhimpunan 10 Nov: Kumpul di 4 lokasi kalau Dataran ditutup - Bersih
Polis dijangka menutup semua jalan menuju ke Dataran Merdeka bagi mengelakkan orang ramai berkumpul untuk menuntut sebuah sistem pilihanraya yang bersih esok.
Sekiranya itu berlaku, penganjur perhimpunan, Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)mengumumkan empat lokasi untuk orang ramai berkumpul sebagai langkah alternatif."
Tempat-tempat tersebut adalah di Sogo, Masjid India, Masjid Negara dan Pasar Seni. Orang ramai dinasihatkan berkumpul di keempat-empat lokasi tersebut sehingga isyarat bergabung diterima daripada pemimpin perhimpunan," kata ahli jawatankuasa Bersih, Tian Chua dalam satu kenyataan hari ini.
Walau bagaimanapun katanya, sekiranya Dataran Merdeka tidak ditutup, orang ramai diminta berkumpul di situ seperti rancangan asal.
Selain itu, kata Tian, orang ramai juga dinasihati masuk ke Kuala Lumpur lebih awal kerana pihak penganjur menjangkakan polis akan mengadakan sekatan-sekatan jalan raya dikebanyakan lalaun memasuki ibu kota.