Oleh Harakah Daily
Sebagai kesinambungan Kempen Pendaftaran Pengundi Baru 2007 sempena Pilihan Raya Umum ke-12, Youth For Change (Y4C) telah mengeluarkan empat klip video dan siri turun padang ke kawasan-kawasan tumpuan.
Empat klip video yang dikeluarkan adalah Setem YB, Ubah Gaya hidup, Rom Pak Lah dan YB vs Bloggers telah dilancarkan hari ini, bertempat di Auditorium, Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Menurut Pengerusi Y4C, Lee Khai Loon, dalam sidang media sebelum tayangan tersebut, dengan mengeluarkan klip video polik yang mencungkil minda dan perasaan, Y4C berharap ia akan menggalakkan orang awam untuk berfikir dan berdiskusi.
Beliau juga menganggap lawak jenaka yang sinis terhadap ahli politik adalah satu aksi bijaksana. Bahkan katanya, politik bukan sekadar pertarungan atas kepentingan parti, ia juga mempunyai kaitan dengan perasaan seharian masyarakat.
"Dengan menggunakan deria masyarakt untuk merasai kuasa yang mempengaruhi mereka, ia dapat membongkarkan penipuan orang yang berkuasa.
"Lawak jenaka yang ditonjolkan menggunakan isu-isu politk semasa sebagai bahan cerita. Ia bertujuan untuk menilai pemerintah yang giat berbincang tentang reformasi tapi berakhir dengan slogan sahaja. Lawak jenaka ini juga bertujuan untuk membersihkan sebarang penipuan dan mewujudkan rasa percaya diri," katanya.
Katanya, apabila pemerintah bertungkus lumus mencuba untuk menguasai minda dan fikiran rakyat, maka rakyat akan mencari ruang untuk meloloskan diri daripada belenggu pemerintah.
Jelasnya, walaupun bukan senang untuk membongkar penipuan, ia memerlukan tindakan dan tindakan organisasi yang berani. Di samping itu katanya, konsistensi dan tekad untuk mengambil tindakan adalah penting.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan klip video tersebut menggalakkan penonton unutk merenung dan mengimbas kembali apa yang telah berlaku sebelum ini dan membuat keputusan yang bijak pada hari pilihan raya nanti.
Orang ramai boleh menyaksikan klip video 'Siri YB'ini di laman http://youtube.com.my
No comments:
Post a Comment