Thursday, December 25, 2008

Syabas Husam Musa, tapi...

Tahniah dan syabas diucapkan kepada insan yang bernama Husam Bin Musa. Ketegasan beliau yang menyatakan hukum hudud sepatutnya menjadi tanggungjawab setiap umat Islam wajar disanjung tinggi. Pedulikan bantahan yang dikemukakan oleh DAP .

Bantahan tersebut sememangnya sudah dijangka. Ini kerana kita yang dilahirkan Islam sejak azali pun kadangkala terkeliru, inikan pula para pemimpin DAP yang kebanyakan daripada mereka bukan beragama Islam.

Datuk Ismail Kamus dalam ceramahnya di satu forum hudud ada menyatakan bahawa "adalah menjadi satu kesalahan yang tidak dapat diampunkan bagi orang Islam yang tidak pernah berniat untuk melaksanakan hukum Islam dalam negaranya" . Petikan diatas dapat dilihat melalui laman http://www.youtube.com/ dengan menaip forum hudud.

Diharap para pemimpin PAS tegas dengan pendirian dan impian untuk melaksanakan hukum Allah di bumi Malaysia yang tercinta ini. AMIN...

4 comments:

thepplway said...

jangan terbelah bagi kerana ideologi yang berlainan.

Yang pentingnya saling hormat-menghormati dan menyelesaikan masalah dengan jalanan yang paling untuk rakyat semua tidak berbilang kaum,agama dan sebagainya.

Sesiapa yang mementingkan diri sendiri cuba mengetepikan sesuatu parti dalam pakatan rakyat adalah berdosa terhadap rakyat Malaysia.

Mullahkane said...

Perlaksanaan Hudud Wajib ke atas umat islam tanpa mengira parti atau kaum. Hudud adalah Hak mutlak Allah swt. Wajib hambanya yang beragama islam Patuh kepada hukum ini

Mullahkane said...

more isu on hudud in

mullahkane.blogspot.com

Anonymous said...

Setuju,kita wajib sokong,---noktah.
Tapi yang ana dok musykil ialah sapa dan bila nak laksana.Namapaknya pakat dok lawan bertolak. Kawan ni kata kawan nu kena buat, kawan tu pu kata kawan ni kena buat. last last habuk pun tarak. Sebenarnya,kita orang PAS kena ambik inisiatif. Kitalah yg. kena sedia blueprint untuk perlaksanaan.Nak harap umno,kita dah tau depa ni jahil, jadi kita kena mulakan. Cerdik pandai Pas jangan pandai cakap saja. coba berenti sat ceramah sana sini, himpun ulamak2 pas,duduk semeja, bincang dgn. detail kemudian sediakan perancangan A ke Z mengenai hudud. Takrifkan hudud secara objektif, jenis kesalahan, bentuk2 hukuman,sapa nak laksana hukuman,masalah pembuktian dan saksi, jenis2 kesalahan moden yg patut dimasukkan dalam hudud dan macam2 lagi. Sediakan blueprint ini dgn detail, biar dokumen2 yg kita sedia setinggi berdiri.bukan senang nak rejam atau potong tangan orang. Kemudian barulah boleh kita bawa pi hempok depan muka depa.Barulah kita boleh kata" kami dah buat beda kami, la ni gilir hampa pula untuk terima dan laksana pasai hampa ada kuasa.KIta tengok apa depa nak kata.Tapi yg sedihnya ustaz2 dan ulamak kita tak dak sorang pun yg. nampak bersungguh.Tn.Guru tk pa la pasai dia dah berumur. NI yg muda muda ini buat apa,ralit dok meyalak kata kat orang tu, kata kat orang ni, seronok tengok orang tepuk tangan - glamour la tu. Tapi bila mai bab nak duduk buat kajian atau menulis, semua pakat melepiag. Kita kena ingat, politik hanyalah alat utk. menegakkan Islam bukan sebaliknya.