Thursday, February 28, 2008

Y4C keluarkan klip video jenaka politik untuk tatapan umum

Oleh Harakah Daily

Sebagai kesinambungan Kempen Pendaftaran Pengundi Baru 2007 sempena Pilihan Raya Umum ke-12, Youth For Change (Y4C) telah mengeluarkan empat klip video dan siri turun padang ke kawasan-kawasan tumpuan.

Empat klip video yang dikeluarkan adalah Setem YB, Ubah Gaya hidup, Rom Pak Lah dan YB vs Bloggers telah dilancarkan hari ini, bertempat di Auditorium, Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut Pengerusi Y4C, Lee Khai Loon, dalam sidang media sebelum tayangan tersebut, dengan mengeluarkan klip video polik yang mencungkil minda dan perasaan, Y4C berharap ia akan menggalakkan orang awam untuk berfikir dan berdiskusi.

Beliau juga menganggap lawak jenaka yang sinis terhadap ahli politik adalah satu aksi bijaksana. Bahkan katanya, politik bukan sekadar pertarungan atas kepentingan parti, ia juga mempunyai kaitan dengan perasaan seharian masyarakat.

"Dengan menggunakan deria masyarakt untuk merasai kuasa yang mempengaruhi mereka, ia dapat membongkarkan penipuan orang yang berkuasa.

"Lawak jenaka yang ditonjolkan menggunakan isu-isu politk semasa sebagai bahan cerita. Ia bertujuan untuk menilai pemerintah yang giat berbincang tentang reformasi tapi berakhir dengan slogan sahaja. Lawak jenaka ini juga bertujuan untuk membersihkan sebarang penipuan dan mewujudkan rasa percaya diri," katanya.

Katanya, apabila pemerintah bertungkus lumus mencuba untuk menguasai minda dan fikiran rakyat, maka rakyat akan mencari ruang untuk meloloskan diri daripada belenggu pemerintah.

Jelasnya, walaupun bukan senang untuk membongkar penipuan, ia memerlukan tindakan dan tindakan organisasi yang berani. Di samping itu katanya, konsistensi dan tekad untuk mengambil tindakan adalah penting.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan klip video tersebut menggalakkan penonton unutk merenung dan mengimbas kembali apa yang telah berlaku sebelum ini dan membuat keputusan yang bijak pada hari pilihan raya nanti.

Orang ramai boleh menyaksikan klip video 'Siri YB'ini di laman http://youtube.com.my

Sunday, February 24, 2008

Friday, February 15, 2008

PRU 12; buatlah pilihan dengan bijak

Artikel di atas telah ditulis sekitar awal tahun 2007. Sebenarnya artikel tersebut diterbitkan semula daripada salah satu rencana asal akhbar Harakah. Maaf kerana tidak memberi acknowledgement kerana ketika itu saya baru-baru sahaja menulis blog.

Diharap artikel ini dapat memberi panduan kepada para pengundi untuk membuat pilihan yang bijak menjelang 8 Mac ini.

Klik link dibawah untuk artikel asal:

http://formerigp.blogspot.com/2007/01/pru-12-pilihan-ditangan-anda.html

Sunday, February 10, 2008

Mengintip tawaran PAS dalam pilihan raya ke -12 (bahagian 111)

Oleh Dr Dzulkifli Ahmad
(Pusat Penyelidikan PAS)

Pendidikan menyeluruh pemacu perubahan yang antara lainnya akan:

Penegasan tonggak akhlak dan moral para pelajar sebagai teras pembinaan sahsiah pelajar


Melindungi "Pendemokrasian Pendidikan" dengan kewujudan pilihan sekolah--sekolah termasuk Pendidikan Islam (SAR), serta bahasa ibunda (cina dan Tamil). Mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda masing-masing. Memberi sejumlah peruntukan kepada SAR dan sekolah swasta jenis Cina berdasarkan jumlah pelajar


Peluang kepada pelajar-pelajar dari sekolah agama rakyat untuk memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh


Memberi peruntukan khas bagi PIBG kepasa sekolah-sekolah luar bandar bagi membantu kegiatan meningkatkan pencapaian akademik

Memberi autonomi kepada sekolah untuk mengawal dan mengurus disiplin para pelajar


Meningkatkan bantuan perbelanjaan per kapita mengikut penilaian Indeks Harga Pengguna (CPI) kepada sektor pendidikan termasuk kos-kos buku kerja

Menghapuskan semua yuran sampingan persekolahan seperti yuran PIBG dan kokurikulum


Penekanan kepada sistem pendidikan berteraskan "berfikir" - "thinking-based education" dan bukan "berteraskan-peperiksaan" (exam-based education)


Memperkasakan pendemokrasian pendidikan dengan penetapan subjek "teras" seperti sejarah, budaya, agama dan moral, bagi menjayakan misi perpaduan nasional melalui pendidikan


Menekankan tumpuan selain akademik bagi lepasan sekolah bagi meningkatkan aspek latihan berteraskan ketrampilan atau bagi melebarkan peluang pekerjaan dan guna tenaga secara penuh dan meyeluruh

Memperkasa IPT dan memacu penjelmaan institusi pendidikan berprestasi tinggi:

Menjana iklim akademik di menara gading bagi menghasilkan ciri-ciri graduan: berdaya saing dan berdikari (competitively enterprising), bermoral-bersahsiah mulia (morally-spiritual vibrant) dan berintelek tinggi (intelectually superior)

Memansuhkan beberapa Peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang mengongkong hak dan kebebasan mahasiswa dan tenaga akademik

Menjana institusi pendidikan berprestasi tinggi dengan penambahan peruntukan R&D yang setara dengan dunia maju (yakni 2-3 peratus dari belanjawan)

Menghapuskira semua pinjaman tertunggak PTPTN

Mengembalikan peluang mendapat tempat pendidikan tinggi secara pembiayaan penuh kerajaan

Mengembalikan semula pemberian biasiswa sebagaimana uang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan

Saturday, February 02, 2008

SCC vs IPCMC

Oleh Suara KeADILan

Perlantikan
SCC - Perdana Menteri melantik pesuruhjaya
IPCMC - Agong melantik pesuruhjaya

Keanggotaan
SCC - Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Biro Aduan Awam dan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah adalah secara automatik menjadi anggota
IPCMC - Tidak seperti scc, ahli parlimen, ADUN, bekas anggota polis atau anggota polis tidak layak menjadi pesuruhjaya

Kuasa Siasatan
SCC - Pasukan Tugasan Khas untuk menyiasat aduan
- Kuasa untuk memantau semua anggota penguatkuasa di peringkat persekutuan
IPCMC - Kuasa untuk melaksanakan siasatan tersendiri dan mengarahkan KPN berkenaan siasatan
- Hanya boleh menyiasat bekas anggota polis atau anggota polis samada salahlaku yang didakwa terjadi diluar tugasan atau semasa bertugas

Undang-undang Kerahsiaan
SCC - Tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi dan undang-undang kerahsiaan
IPCMC - Tidak tertakluk kepada undang-undang kerahsiaan bahkan boleh memintas sebarang bentuk komunikasi

Kuasa-kuasa Disiplin
SCC - Merujuk siasatan kepada badan-badan disiplin atau pendakwaraya awam untuk tindakan undang-undang
IPCMC - Mempunyai kuasa disiplin dan boleh mengambil tindakan undang-undang dengan sendiri melalui perunding undang-undangnya

Pindaan
SCC - PM diberi kuasa untuk meminda akta dalam masa dua tahun selepas ia dikuatkuasakan
IPCMC - Tiada peruntukan untuk pindaan

Laporan Tahunan
SCC - Laporan tahunan diserahkan kepada Parlimen
IPCMC - Laporan tahunan diserahkan kepada Parlimen melalui PM dan Agong. Kes dan laporan khas boleh dikemukakan terus ke Parlimen