Ada tiga faktor utama yang perlu diperhatikan rakyat dalam mendepani pilihan raya akan datang untuk menentukan serta menghukum kepimpinan kerajaan, disamping melakukan perubahan besar-besaran demi memulihkan kehidupan yang semakin sulit masa ini.
Bermula dengan salah laku pemimpin kerajaan dan UMNO, seperti pembinaan Istana Zakaria, pelantikan ahli keluarga dalam majlis kerajaan tempatan, campur tangan ahli parlimen dalam isu balak, kereta mewah dan kastam, dakwaan skandal khalwat Senator, pembelian banglo mewah oleh kerajaan negeri untuk para exco, meroboh rumah setinggan dan surau rakyat dan peruntukan RM600 juta wang kerajaan untuk bahagian UMNO seluruh negara.
Yang keduanya, isu-isu yang tidak ditangani dengan sempurna oleh kerajaan seperti gejala murtad, isu status agama yang mengakibatkan perebutan mayat, produk makanan yang tidak jelas hukum halalnya, gejala maksiat yang kian berleluasa dan paling menyentuh sensitiviti ialah percubaan menubuhkan IFC dan kempen Kumpulan Artikel 11.
Akhirnya tindakan kerajaan yang semakin menindas dan mempermainkan nasib malang rakyat apabila menaikkan harga bahan bakar, tarif air, elektrik dan terkini menaikkan kadar tol dengan memberikan alasan yang boleh dipertikaikan.
Buatlah pilihan bijak. Sokong benda yang betul. Kita mesti berani melakukan perubahan, UMNO semakin tidak relevan. Bagi yang muslim, "al islam yaklu wala yukla alaih" - yang tinggi itu Islam. Tidak salah menyokong kepimpinan yang ada sekiranya mereka berada di landasan yang "betul".
Sebagai penutup, sama-sama kita renungkan nilai wang kita pada hari ini. Bukan gaji kecil yang menjadi ukuran, tetapi kuasa beli yang semakin menipis disebabkan inflasi yang semakin meningkat.
No comments:
Post a Comment