Kembalikan, oh Abdullah Badawi
kertas ballot yang ku pangkah buatmu
bahawa gantian Mahathir adalah
anak jantan
yang tidak akan
lupa daratan
yang tidak akan
lupa jasa kawan
Pulangkan, wahai Perdana Menteri
mandat yang ku beri
dengan minda dan sanubari
yang dibalut
kepercayaan bahawa badwi ini
seorang yang arif, peka, beradab
dan tulus di hati
Tidak kusangka tidak kuduga
oh Abdullah Badawi
rupanya slogan (work with me not
for me) yang aku dapat
semuanya ternyata hanya helah
suatu penipuan suatu propaganda
kosong tidak bermakna
Tapi Perdana Menteri
ingatlah
bahawa aku dan kami tertipu
hanya sa kali
Malaysia tiada terpedaya lagi
pulangkan, kembalikan dan kemudian
nyah kau dari pandangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Terima kasih kerana mengeluarkan REFORMASI.
Teruskan perjuangan supaya negara kita di pimpin oleh pemimpin yang BEBAS RASUAH bukan yang mengamalkan RASUAH.
Bersama REFORMASI menyampaikan yang HAQ sekalipun pahit...
Menang kalah tak jadi soal, tetapi usaha gigih perlu di susun kerana Malaysia perlukan perubahan supaya mendapat redha Allah selamanya....
Pejuang tak pernah kalah selagi tidak cintakan dunia gemelapan...
Post a Comment