Pernahkah anda melihat papan tanda di atas yang berbunyi "Dadah haram disisi Islam"? Gambar tersebut diambil di salah satu masjid yang terdapat di kawasan Lembah Pantai. Apa kata anda, setuju atau tidak dengan kata-kata di atas?
Secara peribadi saya kurang bersetuju dengan kata-kata diatas. Ini adalah kerana dadah itu boleh diumpamakan seperti makan, yang mana kita hari-hari perlu makan untuk meneruskan hidup. Jika terlebih makan; badan boleh naik, dan tidak mustahil lama kelamaan penyakit boleh datang.
Dadah diperlukan untuk membuat ubat, yang mana boleh dikatakan setiap orang pernah memakannya (yang mana kandungan dadah dalam ubat tersebut adalah dalam kuantiti yang terkawal).
Tetapi bilamana kandungan yang diambil melebihi daripada dos yang dibenarkan, itu yang dikatakan penyalahgunaan dadah. Penyalahgunaan dadah yang sebenarnya musuh negara, tetapi bukan yang utama jika dibandingkan dengan rasuah bukan?
Mengapa rasuah?
Sebagai perbandingan mudah, untuk menangani masalah dadah, kita mempunyai AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan). Untuk rasuah pula bagaimana?
Jika dadah yang terdapat dalam ubat dibandingkan dengan rasuah yang kecil, apakah "rasuah minor" itu dibenarkan? Bukankah perbuatan merompak itu dimulakan dengan mencuri? Bukankah rasuah mampu meruntuhkan sesebuah tamadun bilamana segala habuan dunia (wang ringgit, wanita, pangkat dan lain-lain) menjadi pertukarannya?
Dengan itu, pengumuman oleh kerajaan untuk menjadiakan BPR (Badan Pencegah Rasuah) beroperasi seperti sebuah suruhanjaya menjelang akhir tahun amat dialu-alukan. Ini juga bermakna suruhanjaya tersebut akan bertanggungjawab terus kepada Parlimen.
Kita juga mengharapkan agar kerajaan mengisytiharkah rasuah sebagai musuh nombor satu negara sebagai menggambarkan akibat buruk yang bakal terjadi daripada gejala tersebut.
6 comments:
kita isytihar dadah mcm tu..so budak2 dr kecik tau dadah tu bhya..kang dh besar pndai la diorg blajar dadah buat ubat tu dikategorikan sbg benda lain plak..haaa
tp jangan la sampai dadah 2 lebih bahaya dr rasuah...2 yg x berapa nk betul 2
Dadah pun bahaya juga jadi kena buat 2 iklan la...dadah ngan rasuah ... indeks rasuah telah meningkat di Malaysia .... jadi BPR bukan sahaja jadi surahanjaya malah menjadi agensi asing dari kerajaan dan boleh direct terus dengan Yang Dipertuan Agong, harap dengan ini lebih telus dan adil supaya boleh dakwa sesiapa saja tidak kira pangkat jikalau ternyata ada kegiatan rasuah.Komisen juga dikira rasuah, sebab ini sering terjadi dalam sektor perkhidmatan kerajaan.
Rakan2 sekalian
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis.
dadah haram dari segi undang-undang. rasuah haram dari segi agama
Sebenarnya dadah dan rasuah sama sama haram. Merosakkan negara dan merosakkan badan
Salam,
Kenapa xstuju dadah itu haram?
saudara research 3 perkara ini baru buat kenyataan yang boleh mengelirukan diri sendiri dan orang lain:-
1. UBAT
2. DADAH
3. RACUN
Wallahua'lam
Post a Comment