Saturday, June 07, 2008

Penstrukturan semula subsidi atau pelepasan tanggungjawab

Membebankan. Itu rumusan terbaik yang dapat dibuat terhadap keputusan pihak pemerintah yang menaikkan harga minyak berkuatkuasa tengah malam 5 Jun lalu.

Kenaikan tersebut yang dikenali sebagai "penstrukturan semula subsidi" tidak ubah seperti pelepasan tanggungjawab.

RM 625 untuk kereta bawah 2000 cc dan RM 150 untuk pengguna motosikal bawah 250 cc (rebet yang diberikan untuk tempoh setahun) tidak lebih daripada silap muta murahan yang kurang menjadi.

Dengan mengambil contoh kereta, rebet yang diperoleh sebulan ialah sekitar RM 52.08, yang mana jumlah sebanyak itu hampir pasti tidak mencukupi untuk pergi ke tempat kerja. Sedangkan bermula tengah malam 5 Jun pengguna perlu membayar sebanyak RM 2.70 untuk seliter petrol.

Rebet yang diberi sekadar penyedap halwa telinga atau tidak lebih sekadar gimik berbanding kenaikan yang dikenakan hampir 40 %.

Lagu lama yang sering dimainkan, iaitu minyak kita antara yang terendah dikalangan negara jiran diputarkan semula. Bagaimana pula kadar harga minyak kita dikalangan negara pengeluar minyak?

Dikalangan negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia; kesemua mereka merupakan negara pengimport minyak. Secara logiknya memanglah minyak mereka lebih mahal berbanding kita.

Sekadar mengimbas kembali posting asal saya berkenaan harga minyak negara ketika blog ini mula-mula diwujudkan. Apa yang pasti kita sebagai negara pengeluar minyak tidak sepatutnya menaikkan harga minyak.

Kesimpulannya, saya mengutuk sekeras-kerasnya kenaikan harga minyak yang amat menbebankan ini dengan mencabar pihak pemerintah agar membentangkan belanjawan Petronas di Parlimen dengan segera. Tidak cukup sekadar memberitahu bahawa duit tersebut digunakan unutk pembangunan (alasan yang terlalu umum).

4 comments:

Kerajaan Rakyat said...

UMNO DAN BN MESTI DITENTANG.
MEREKA BERSIKAP SEPERTI BINATANG.
MEREKA ROMPAK YANG KITA TATANG.
TINGGALKAN KITA KERING KONTANG.

Salam takzim
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Pemuda Malaysia said...

kerajaan telah mengambil keputusan kurang popular dengan menaikkan harga minyak tetapi ia adalah satu keputusan yang baik untuk jangka masa panjang. khazanah negara bukan diguna pakai untuk jangka masa pendek tetapi kita kena ingat untuk anak cucu kita juga.

jangan lah jadi pegawai polis kalau langsung tak tahu berterima kasih kepada kerajaan atau jangan masuk mana-mana perkhidmatan kerajaan ye..

lagi satu, study banyak2 sikit kalau nak ulas isu minyak...

Letting the time pass me by said...

Hopefully people can still survive and have something to eat and to cherish in life...

I am wondering what happen to the government? Cutting subsidy, price increase? Are we run put of money? Is the country is desperate for money? Anymore money left in the Bank Negara?

Recession may be inevitable, but the government need to make sure that the impact can be soften for those with less money.... Not following the capitalism idea ... the poor is getting poorer and the rich is getting richer...

wutever said...

http://hishamjabar.blogspot.com/2008/06/cadangan-menurunkan-harga-minyak.html