Laungan keramat oleh Perdana Menteri yang pertama kira-kira 49 tahun dulu sentiasa terpahat diingatan, terutama sepanjang bulan kemerdekaan. Sejak itu, kita bebas mencorakkan landskap pembangunan negara dari segi politik, sosial, ekonomi dan segenap aspek yang lain.
Berbalik kepada persoalan sebentar tadi, bagaimana penilaian anda? Persoalan ini agak subjektif dan sudah pasti mempunyai pelbagai versi jawapan dari kalian semua. Apa kata kita kembali kepada asas. Pasti kalian masih ingat apa yang berlaku pada Isnin malam (28 Ogos 2006) lepas. Media perdana berlumba-lumba menarik penonton untuk menyaksikan rancangan 'besar' ala-ala peristiwa negara (perkahwinan siti dengan datuk k dan temubual bersama mawi dan ina).
Fokus yang diberikan persis peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim, pengumuman mengejut Tun Dr Mahathir untuk meletak jawatan tahun 2002, kematian Tun Razak ketika memegang jawatan PM (Perdana Menteri; bukannya pesuruh menantu) dan yang sewaktu dengannya. Atau pun sekurang-kurangnya setaraf dengan rombakan kabinet "half past six" kerajaan awal tahun 2006.
Ini merupakan petanda jelas propaganda untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada sekian banyak isu yang melanda mutakhir ini. Kenaikan harga minyak, tarif elektrik, parlimen rubber stamp (perletakan jawatan Pengerusi BNBBC, Dato' Shahrir Samad yang juga MP johor Bahru), kenaikan inflasi dan banyak lagi untuk disenaraikan. Penulis sebagai seorang muslim dan rakan-rakan muslim yang lain ditambah pula dengan isu murtad, Artikel 11, IFC, kes Lina Joy; mampu memberikan pukulan hampir 'TKO' kepada pemerintah.
Kejayaan Hizbullah
Kemenangan Hizbullah di Palestin yang mempunyai kekuatan sekitar 3000 orang dengan pejuang yang aktif hanya sekitar 500 orang; yang berjaya mengusir tentera kuffar seramai 30000 orang dan belanjawan 2007 yang bakal dibentangkan jumaat ini merupakan antara peristiwa yang sepatutnya diberikan fokus. Tetapi, sebaliknya yang terjadi, bila mana kisah bernilai RM 2 diangkat seolah-olah breaking news oleh Al-Jazeera.
Penulis sendiri walaupun tidak berada di depan televisyen pada malam isnin lalu turut mempunyai jadual padat. Terdapat tiga majlis yang menarik untuk dihadiri, yang mana salah satu daripadanya penulis terlepas pandang. Dua majlis yang berada dalam senarai pada hari tersebut ialah majlis meraikan kemenangan Hizbullah/ceramah terkini mengenai Palestin/Lubnan di markas PAS pusat Taman Melewar dan penerangan berkenaan FTA (free trade agreement) di antara Amerika dengan Malaysia di ibu pejabat PKR (Parti KeADILan Rakyat), Brickfields. Majlis yang terlepas pandang yang tidak kurang menariknya ialah ceramah selamatkan Palestin oleh imam Masjid Al-Aqsa di masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya. Penulis memilih untuk menghadiri majlis di Taman Melewar.
Sebelum teman-teman sekalian membuat sebarang rumusan, ingin ditekankan disini, penulis masih belum menjadi ahli mana-mana parti pembangkang. Seperkara lagi, hayati kata-kata berikut; "Pembangkang bukan Yahudi untuk dijauhi, sementara kerajaan bukan maksum untuk tidak melakukan sebarang kesilapan". Sekian cetusan pendapat serba ringkas buat percambahan minda di pagi hari kemerdekaan ini.
2 comments:
aku tak tau menahu pasal politik..dan sangat jahil tentang perkembangan isu semasa..namun masih lagi mengikuti perkembangan yg kiranya sangat menggugat kesejahteraan agama..cthnya cam lina joy, isu murtad, holy water ala mineral al-mansur dsb..
kalu dikira samada merdeka ke tidak kita ni..mmg sgt2 merdeka lah bagi kebanyakan orang di luar sana..nak merendek bley..bosan ngan mak..kuar umah smpi dinihari n kalau nak tukar agama pun bley skang..bukan ke sangat merdeka...??
tapi..ianya merdeka dari kesucian..bukan menuju ke kesucian..cewaahhhh...bagi aku skang masyarakat dah macam bangang..mungkin dari aspek pemerintahan nagara sendiri penyumbangnya atau kita sendiri..namun bagi aku..kita sendiri...
tak kisah la camana pun kita dipupuk dan diajar ttg agama dan syari'ah..kalau diri tu tak nak terima dan apply..sangat susah...tak kisah pun kalu banyak sngat disko or club yang dibuka..tapi kalu kita tak hirau..tak membawa sebarang makna..tak kira berapa banyak bible or injil yg disebarkan..kalu diri sendiri berpegangan kuat..takdenya kita nak hirau...
ibarat kalau orang bagi makan free..kalu dah mmg jnis rembat..rembat je..tapi kalu malu mesti segan2 kan..macam tu la dunia skang bagi aku. kelak anak2 kita camana pun kita 'tutup' mereka dari maksiat luar dan ajar mereka ngan agama..akhirnya diri mereka sendiri yang menilai dan menentukan hala tujunya...
smbhyg pun dah ibarat perkara yg hanya dilakukan oleh para wali n ustaz2 je..tak semayang takpe..asal baik..hahaha!!bagusnya..kadang mmg btul..orang smbhyg pun prgai cam gamapang..so, kat mana last skali nk dituding? kita sendiri gak...
Wei hadhari!!! aku dah baca dah ko nyer blog ni...
just nice....
Post a Comment