Memang betul kita kini telah sepenuhnya bebas dari penjajahan kuasa asing. Tiada siapa yang dapat menafikan fakta di atas, 49 tahun lamanya kita telah merdeka. Tetapi adakah kita dapat berpuas hati dengan mengusir mereka keluar dari negara kita sahaja, bagaimana dengan pengisiannya?
Tidak semua yang datang dari barat itu jahat, begitu juga sebaliknya. Bak kata pepatah, "nobody is perfect". Kita ambil yang baik, yang buruk jadikan sempadan berpandukan ajaran agama, bukan pertimbangan akal semata-mata kerana akal kita sememangnya terbatas.
Di barat media mereka bebas, walaupun tidak sepenuhnya. Pandangan dari oposisi yang lain masih dibenarkan untuk disebar kepada umum tanpa banyak sekatan. Perbezaan pendapat sememangnya suatu rahmat selagi kita berhujah dengan tertib, tidak dipengauhi oleh sifat assabiyyah. Ini kerana perbezaan pendapat mampu melahirkan perdebatan dan kemungkinan besar penyelesaian yang terbaik akan diperolehi.
Keadaan sebaliknya terjadi di sini. Penjajahan minda begitu meluas dengan pemerintah mengawal media massa daripada menyiarkan pendapat yang berlawanan dengan hasrat pemerintah, walaupun ianya untuk kemaslahatan rakyat terbanyak. Contoh terbaik dapat dilihat ketika perletakan jawatan Dato' Shahrir Samad, sebagai pengerusi BNBBC di Dewan Rakyat pertengahan tahun ini.
Usul yang dibawa oleh ahli parlimen berkenaan untuk menyokong usul ketua pembangkang, YB Lim Kit Siang tidak mendapat sokongan ahli-ahli parlimen BN yang lain. Usul itu berkenaan tindakan untuk membawa ahli parlimen Jasin menghadap jawatankuasa pilihan khas parlimen berkenaan tindakannya yang didakwa mencampuri urusan kastam. Telah diketahui umum bahawa seseorang ahli parlimen BN tidak boleh menyokong sebarang usul yang dibawa oleh pembangkang, walaupun ianya jelas untuk kebaikan rakyat terbanyak.
Jelas disini bahawa sifat assabiyyah atau perkauman yang menyokong apa saja yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka yang sekufu sememangnya satu tindakan yang membuta tuli, walaupun usul yang akan dibawa tidak membawa kebaikan pada rakyat. Dewan rakyat sebagai dewan yang mulia, tempat sesuatu undang-undang dibahaskan oleh wakil-wakil rakyat sebelum dibawa ke Dewan Negara pun mengamalkan sifat perkauman, bagaimana pula halnya dengan rakyat dibawah melihat situasi yang berlaku.
Ini merupakan salah satu contoh bagaimana penjajahan minda dilakukan oleh pemerintah untuk menyekat rakyat daripada memperoleh maklumat yang sahih. Mereka boleh mendapatkan maklumat dari sisi lain sekiranya 'rajin' untuk cuba-cuba mencari Harakah, Suara KeADILan, Roket dan yang sewaktu dengannya, yang mana pengeluarannya seumpama menunggu musim buah gugur, 2 minggu sekali. Atau setidak-tidaknya melayari laman web parti-parti pembangkang dan blog-blog tertentu untuk mendapatkan sesuatu yang sukar diperoleh dalam media arus perdana.
Itu pun sudah terdapat semacam tanda-tanda blog-blog tersebut akan dipantau. Tidak dapat penulis bayangkan sekiranya saranan yang dikemukakan oleh kementerian yang terlibat diaplikasikan. Sedangkan dalam keadaan sekarang pun, masih banyak rakyat yang totok (percaya bulat-bulat apa yang diutarakan media arus perdana; atau lebih sinonim dengan panggilan UMNO totok).
Kita perlu kembali kepada asas agama yang pernah menyebut, " sekiranya datang kepada kamu satu berita oleh golongan yang fasik, hendaklah kamu selidiki dahulu kesahihannya untuk mengelakkan sesal di kemudian hari". Karl Max, seorang ahli falsafah Inggeris juga pernah mneyebut bahawa sesiapa yang dapat menguasai media, maka mereka itu (pemerintah) akan menguasai minda orang dibawahnya (rakyat).
Perkara yang sama juga hendaklah diaplikasikan kepada maklumat yang diperolehi daripada pihak lawan (pembangkang). Kita perlu dengar kedua-dua belah pihak, dan nilaikan kesahihan dan logik kedua-duanya.
Ini hanyalah secebis kisah penjajahan minda yang mana membuktikan kita (tidak semua) masih belum merdeka mindanya. Itu yang dimaksudkan oleh tajuk diatas, yang mana pada zahirnya kita nampak merdeka, tetapi realitinya tidak semua mengecapi nikmat kemerdekaan.

No comments:
Post a Comment