Sunday, February 18, 2007

Hidup mesti ada kerja/tanggungjawab (Part 1)

Semenjak kenaikan harga minyak penghujung Februari 2006, fikiran penulis terlalu banyak fokus kepada perkembangan politik mutakhir. Sehinggakan untuk mengajak kawan perempuan keluar minum terpaksa dibatalkan (yang mana penulis bercadang untuk kenal dengan lebih rapat , gara-gara hilang punca akan topik perbualan yang akan dibicarakan. Agak janggal sekiranya berbicara mengenai rampasan kuasa di Thailand yang baru sahaja berlaku ketika itu).

Abaikan selingan di atas. Bukan topik tersebut yang ingin dibicarakan disini. Kita hanya merancang bukan? Wama karu wama karallah Wallahu hairul makirin.

Apa yang terjadi sepanjang tahun 2006 sememangnya penuh warna-warni. Tetapi apa yang jelas,kehidupan rakyat terbanyak semakin terhimpit dengan pelbagai kenaikan yang masih diragui kewajarannya hingga kini. Kuasa beli rakyat semakin mengecil, disebabkan inflasi yang semakin meningkat.

Malaysia merupakan sebuah negara yang aman makmur, dengan hasil bumi yang melimpah serta memiliki minyak (salah satu sumber kekayaan negara) sendiri; mampu hidup aman damai dengan rakyat yang berbilang kaum. Tetapi yang menjadi masalah adalah pemimpin-pemimpin yang menduduki kerusi empuk pemerintah kini.

Bermula dari "imam besar" Abdullah Badawi sehinggalah kepada pegawai penguatkuasa pihak berkuasa tempatan. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kebobrokan pemimpin atasan menjadi ikutan pegawai-pegawai di peringkat bawahan. Banyak daripada tindak-tanduk mereka-mereka ini menjadi pertikaian rakyat terbanyak, seperti kenaikan harga minyak (yang tidak sepatutnya naik, tetapi mesti diturunkan sekarang), kenakikan tarif air, elektrik, tol dan senarai ini tidak berakhir di sini.

Menjadi tanggungjawab pihak pembangkang dan warganegara yang peka untuk menyedarkan rakyat yang masih leka akan kekalutan yang melanda, yang mana berkait rapat dengan taraf hidup setiap warganegara. Sebahagian daripada mereka, ada yang tidak mengambil peduli apa yang berlaku, sementara sesetengahnya pula terpukau dengan silap mata murahan pemerintah yang jelas menguasai media dan minda rakyat.

Kullukum rain Wakullu rain masulun anra yiatih - hidup mesti ada kerja/tanggungjawab; dan akan disoal dipadang mahsyar.

3 comments:

Anonymous said...

apabila membaca pandapat anda saya merasakan anda terlalu radikal.anda letakkan semua pencapaian dan tanggungjawab pada pemimpin.bukankah kita sedia maklum bahawa kita smua adalah khalifah.yang punya tanggungjawab sendiri untuk memajukan diri dan keluarga dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain.saya mengakui pemimpin malaysia bukanlah yang terbaik. tapi untuk menyalahkan mereka 100% bukanlah penyelesai masalah.tidak ada satu pun negara yg sempurna pemimpinnya di dunia ini.ia hanya wujud sebagai utopia dalam minda orang2 seperti anda.saya faham isu yang ingin anda sampaikan adalah banyak wang rakrat mengalir ke akaun peminpin negara.tapi terfikirkah oleh anda kalau semua wang itu diagihkan kepada rakyat khususnya orang melayu apa akan jadi kepada mereka? ya mereka memang akan jadi lebih kaya tapi bukan lebih berjaya.saya lebih suka melihat isu ini sebagai isu sikap.kita terutamanya orang melayu memiliki 'minda subsidi yang telalu tunggi'semua ingin harap kerajaan dari soal periuk nasi hinggalah kepada pendidikan anak2.maka terpaksalah buat PLKN,PTPTN dan macam macam bantuan kepada rakyat.bagi saya selagi orang melayu tidak ubah pemikiran pemimpin terbaik yang diutus dari langit pun tak dapat memajukan mereka.fikir2 kan.kita punya tanggungjawab.jangan letak dibahu pemimpin....

Anonymous said...

mmg benar kita sebagai rakyat malaysia mmg patut ada tanggungjawab masing-masing...tapi cuba bayangkan adakalanya kerajaan juga membebankan rakyat....tol merata-rata

Anonymous said...

Sehinggakan untuk mengajak kawan perempuan keluar minum terpaksa dibatalkan (yang mana penulis bercadang untuk kenal dengan lebih rapat , gara-gara hilang punca akan topik perbualan yang akan dibicarakan. Agak janggal sekiranya berbicara mengenai rampasan kuasa di Thailand yang baru sahaja berlaku ketika itu).

- kelakar ja bunyinya, semoga berjaya