Pernahkah anda terdengar dakwaan diatas? Bunyinya agak pelik bukan. Ini nyata sekali berlawanan dengan hujah yang sering dikemukakan seperti kelemahan komunikasi, sikap mahasiswa yang memilih pekerjaan, kelemahan berbahasa Inggeris dan sebagainya.
Tidak dinafikan punca-punca yang disebutkan sebentar tadi turut menyumbang kepada permasalahan di atas. Walaubagaimanapun, percentage kepada punca-punca tersebut agak kecil atau boleh dikira antara punca-punca minor.
Graduan kini yang menghabiskan masa kira-kira 4 ke 5 tahun untuk mendapat segennggam ijazah (atau sekurang-kurangnya diploma dalam masa 2 ke 3 tahun), dengan kebanyakan daripada mereka membuat pinjaman, semestinya mengharapkan pekerjaan dengan upah yang setimpal dengan kelayakan mereka. Apakah kaitan rasuah dengan persoalan diatas?
Pelaburan langsung asing (FDI) yang semakin kurang masuk ke Malaysia menyebabkan jawatan kosong yang banyak digembar-gemburkan kini kebanyakannya berjawatan rendah (yang mana hanya memerlukan kelayakan SPM sahaja dan memberi upah dalam lingkungan rm 1000). Persoalannya mengapa FDI kurang masuk?
Rasuah menjadi antara punca, selain daripada birokrasi. Contoh mudah, jika terdapat sebuah kilang membuat komponen elektronik yang memerlukan kos rm 500 juta untuk memulakan perniagaan di Vietnam, mengapa kilang tersebut perlu melabur dua kali ganda untuk kapasiti yang sama sekiranya ingin melabur di Malaysia. Lebihan sebanyak dua kali inilah yang dikira sebagai rasuah.
Jadi bagaimana, anda setuju dengan dakwaan diatas?
2 comments:
Kenapa rasuah mengakibatkan pengangguran?
FDI; rujuk semula artikel
Post a Comment