Saturday, September 01, 2007

Setahun kini; dan terus melangkah

Semalam, kira-kira setahun yang lalu, dipagi hari kemerdekaan negara yang ke 49 (yang mana saya sedang bertugas pada hari tersebut), telah lahir blog REFORMASI. Bertugas pada cuti umum membolehkan saya mencuri-curi masa untuk belajar menulis blog daripada rakan sekerja.

Kini blog REFORMASI telah berusia setahun. Setahun yang penuh dengan pelbagai pengalaman pahit manis sejak bergelar blogger. Dalam tempoh setahun tersebut saya berkongsi buah fikiran dengan pelayar internet lain mengenai pelbagai isu politik tanah air, bertukar-tukar pendapat dengan mereka, tidak terkecuali juga turut mendapat cemuhan daripada mereka-mereka yang kurang senang dengan kritikan yang dibuat.

Saya turut dikenali juga sebagai seorang blogger dikalangan rakan-rakan sekerja. Bukan tidak ada staf yang turut menjadi blogger, cuma yang uniknya hanya saya seorang saja yang bergelar blogger politik (setakat yang saya tahu).

Sempena kemerdekaan negara yang ke 50, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar kita bersama-sama memulakan langkah memerdekakan negara tercinta daripada rasuah. Sesunggunhnya rasuah merupakan musuh utama negara, dan implikasinya amat besar sehinggakan kedaulatan sesebuah negara boleh tergugat sekiranya wabak ini tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh.


RASUAH MUSUH NOMBOR SATU NEGARA

Merdekakan MALAYSIA dari RASUAH

No comments: