Saturday, January 26, 2008

Mengintip tawaran PAS dalam pilihan raya ke-12 (Bahagaian 11)

Oleh Dr Dzulkifli Ahmad
(Pusat Penyelidikan PAS)

Untuk setor ekonomi:

Meletakkan Petronas di bawah seliaan Parlimen dan bukan lagi di bawah Perdana Menteri. Umum perlu tahu bahawa ketelusan seperti ini dijalankan di negara Eropah seperti di Norway, terhadap syarikat minyak nasionalnya Statoil.

Menumpukan kekayaan hasil minyak akan diutamakan untuk pembangunan pendidikan serta pembangunan R & D termasuk sumber tenaga alternatif untuk menggantikan sumber kekayaan ini apabila minyak sudah habis suatu masa nanti.

Merapatkan jurang agihan kekayaan antara kaya-miskin dalam kaum dan antara kaum dengan menekankan aspek pendidikan dan peningkatn sember pendapatan bagi meningkatkan jumlah pendapatan dan keupayaan keluar dari garis kemiskinan serta meningkat mobiliti sosial mereka.

Menekankan program pembasmian kemiskinan mengikut "keperluan" dikalangan golongan miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira ras atau kaum.

Melebarkan golongan kelas menengah dalam semua kaum bagimemperkukuhkan ekonomidengan meningkatkan kuasa beli serta perbelanjaan (juga pelaburan) domestik dan kestabilan perhubungan kaum.

Pertumbuhan munasabah dalam sektor yang menjana pekerjaan samada disektor awam mahupun swasta serta mengelakkan pelaburan ratusan billion ringgit dalam projek infrastruktur, pembinaan dan mega-mewah yang banyak menggunakan tenaga asing tanpa faedah yang menjana kesan berganda bagi memangkin pertumbuhan yang lestari atau berterusan.

Untuk setor pertanian:

Mewujudkan dasar pertanian sebagai industri yang menjamin Dasar Makanan yang memelihara "kemerdekaan dan keselamatan negara" supaya tidak terdedah dan terjejas kepada manipulasi kuasa dunia dan konglomerat besar antarabangsa

Menolak sebarang bentuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang mengancam pelbagai industri khususnya pertanian dan pelbagai urus-tadbir pemerintahan dalam negara

Menamatkan pemberian Permit Import(AP) bagi barangan makanan utama seperti gandum, gula dan beras supaya tidak berlaku Monopoli dan Pakatan (Cartels) yang mencekik pengguna dengan pelbagai kaedah manipulasi seperti penyorokan, pengedaran, pengangkutan kepada peruncit bagi mengawal inflasi.

Meningkatkan kualiti hidup nelayan pantai dengan menyediakan perumahan tersusun serta mewujudkan peluang-peluang baru pekerjaan di dalam kegiatan ekonomi berasaskan perikanan tajaan kerajaan atau Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) agar setiap keluarga nelayan mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM1200 sebulan.

Menawarkan peluang menjadi peserta Felda bagi generasi kedua felda dan mana-mana rakyat yang memerlukan ladang-ladang yang diusahakan oleh Felda Plantations atau dengan membuka tanah-tanah baru.

Membenarkan peserta Felda untuk berdikari dalam pengurusan ladang milik mereka kearah menjana pulangan pendapatan maksima kepada mereka.

Wednesday, January 23, 2008

Recruitment 2008 - Malaysia Fights Back

Oleh Nat

Never doubt that a small group ofthoughtful, committed citizens canchangethe world. Indeed, it’s theonly thing that ever has - MargaretMead

2007 has been a rotten year forjustice. For freedoms to express andassemble peacefully, for judicialintegrity, for the right to a fairtrial, for inter-ethnic and inter-religious relations.

Click for more info
http://jelas.info/2008/01/02/recruitment-2008-malaysia-fights-back/

Saturday, January 19, 2008

Orang yang membai'ah pemimpin

Oleh Ustaz Abd Ghani Shamsudin

(Petikan soal jawab mengenai
"Hasil haram daripada penipuan dalam pilihan raya"
Harakah Bil 1350)

Rakyat perlu melaksanakan kewajipan mengundi atas tanggungjawab kesaksian seperti mana yang dikehendaki oleh Allah. Mereka tidak dibolehkan memilih pemimpin kerana perhitungan habuan wang, pangkat dan kemudahan yang dijanjikan, sebab itu adalah pengkhianatan terhadap amanah Allah dan rakyat.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:"Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa). Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih.

Salah seorang daripadanya ialah orang membai'ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan).

Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajipannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).(Hadis Muttafaqun'alaihi)

Monday, January 14, 2008

Perhimpunan Kedua Tuntut Pilihanraya yang Bebas dan Adil

Oleh Black

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) merancang untuk mengadakan perhimpunan kedua bagi menuntut pilihanraya dijalankan secara bebas dan adil pada 23 Febuari 2008.

Perhimpunan kali ini diberi nama “Pesta Rakyat Jom BERSIH”. Menurut Anuar Tahir salah seorang jurucakap BERSIH, beberapa tempat dikenal pasti sebagai lokasi perhimpunan seperti Dataran Merdeka, Stadium Merdeka dan Stadium Bukit Jalil. BERSIH akan mengemukakan permohonan untuk lokasi tersebut.

Menurut pandangan peribadi saya, Stadium Merdeka atau Dataran Merdeka merupakan lokasi terbaik untuk perhimpunan ini. Ini adalah kerana ianya terletak di bandar Kuala Lumpur dan mudah untuk diakses berbanding dengan Stadium Bukit Jalil.

Apa-apa pun, tahniah kepada BERSIH kerana berani menganjurkan perhimpunan kedua untuk memastikan tuntutan mereka dipenuhi sebelum pilihanraya ke 12 ini. Tiga lagi tuntutan BERSIH masih lagi belum dipenuhi seperti pembersihan daftar pengundi, pemansuhan undi pos dan akses media yang adil kepada semua calon yang bertanding.

Pastikan pada 23 Febuari 2008 ini jadual anda kosong untuk bersama-sama menyokong Pesta Rakyat Jom BERSIH!!!

Wednesday, January 09, 2008

Ayuh bangkit golongan muda

Bekas Presiden Indonesia (Sukarno) pernah berkata,"berikan aku 100 orang tua, aku hanya bisa mencabut rumput di kaki bukit xxx (tidak pasti nama bukit tersebut). Tetapi, jika aku diberikan 10 orang muda yang gagah perkasa, aku pasti bisa menggoncang dunia".

Begitulah lebih kurang kata-kata yang pernah diucapkan oleh beliau. Kata-kata tersebut menunjukkan kepada kita betapa pentingnya peranan yang boleh dimainkan golongan muda. Jangan kita lupa dengan peranan yang dimainkan oleh mahasiswa ketika kejatuhan Suharto di Indonesia, yang mana selepas itu kebebasan akhbar mula dipraktikkan dan pelaburan langsung asing (FDI) mula mencurah masuk ke Indonesia.

Pemerintahan kuku besi oleh Suharto selama lebih kurang 3 dekad berjaya ditumbangkan oleh desakan rakyat yang turut dipimpin oleh golongan muda/mahasiswa. Golongan muda sememangnya diakui peranannya sebagai pemimpin pelapis generasi akan datang yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara.

Walaubagaimanapun, senario yang sebaliknya berlaku di negara kita. Bukan sedikit para belia kita yang hanyut dengan dunia mereka sendiri. Malam minggu dihangatkan dengan mat rempitnya, sesetengah hujung minggu pula dengan lambakan hiburan dan konsert, sementara program hiburan dan perjudian (sms contest) yang melekakan semakin menjadi-jadi melaui kaca televisyen.

Tidak salah untuk berhibur (sekadar yang perlu), tetapi apa yang dapat diperhatikan kini selain program hiburan, pesta maksiat di negara ini semakin menjadi-jadi (seolah-olah mendapat restu daripada pemerintah; sambutah tahun baru 2008 sebagai contoh)

Kesemua program tersebut menjadikan sebahagian golongan muda kita seakan terlupa dengan segala keperitan hidup yang dialami mutakhir ini; seperti peningkatan kos hidup, rasuah yang berleluasa, jenayah yang meningkat, pekerjaan yang semakin sukar (sesetengahnya berstatus
kontrak) dan sebagainya. Merekalah yang sepatutnya menjadi agen perubahan kepada masyarakat.

Ini disebabkan mereka lebih terdedah dengan maklumat terkini yang lebih bebas melalui internet. Disebabkan itu jugalah mereka kini lebih dikenali sebagai generasi Youtube, Friendster dan Blog. Sememangnya kata-kata yang berbunyi "mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang" makin relevan dengan perkembangan mutakhir.

Ayuh bangkit golongan muda/belia, bersama kita selamatkan Malaysia. Masa semakin suntuk, pilihan raya semakin hampir, lakukanlah sesuatu untuk generasi akan datang (agar kita tidak rasa bersalah kerana mewariskan kepada mereka negara yang kian parah dengan pelbgai skandal, penyelewengan dan isu-isu yang tidak menyebelahi rakyat).

Bersama Kita Selamatkan Malaysia!

Monday, January 07, 2008

Mengintip tawaran PAS dalam pilihan raya ke-12

Oleh Dr Dzulkifli Ahmad
(Pusat Penyelidikan PAS)

Menyedari segala kepincangan pemerintahan yang ada kini, khususnya amalan rasuah yang semakin parah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa yang menjejaskan integriti dan kewibawaan institusi-institusi penting dalam kerajaan, maka PAS bakal menawarkan sebuah Kerajaan Bersih dan Berkebajikan serta Pemimpin Beramanah, yang antara lainnya akan:

Menginstitusikan dan memperkasakan amalan pemisahan kuasa Legislatif, Kehakiman dan Eksekutif, supaya amalan demokrasi berfungsi dan berkesan serta tidak dicerobohi dan dipintas oleh pihak Eksekutif. Ini dapat disaksikan secara jelas dalam amalan pemerintahan yang ada apabila institusi seperti kehakiman dan badan-badan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen untuk menjalankan tugas-tugas penting dalam amalan demokrasi seperti SPR, Suhakam, Badan Pencegah Rasuah, kerap dihalang daripada menjalankan tugasan mereka.

Menegaskan penghayatan Islam sebagai ad-Deen bagi umat Islam di negara ini. Menjamin perlaksanaan peruntukan-peruntukan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

Memperkasa dan memperkukuh agensi-agensi 'watchdog' atau 'pemantau' seperti BPR, Ketua Audit Negara, Suhakam, SPR dan lain-lain, dengan sumber dan mandat supaya tidak terbelenggu kepada mana-mana pihak dan terus bertanggungjawab kepada Parlimen.

Melindungi kedudukan pelapor atau 'whistleblowers' dengan jaminan kerahsiaan demi mempertahankan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

Meminda dan/atau menghapuskan akta-akta zalim yang menyekat hak dan kebebasan rakyat seperti ISA, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Polis, Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Menjamin sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih dengan reformasi sistem pilihan raya secara menyeluruh seperti yang dituntut BERSIH.

Meningkatkan amalan dan urus tadbir kerajaan dengan berpandukan amalan terbaik (best practice) dalam jabatan awam, agensi serta syarikat yang berkaitan kerajaan supaya menjauhi rasuah dan ketirisan dalam sistem penghantaran awam khususnya dalam pembekalan awam (public procurement) projek mega-mewah melalui tender terbuka dengan penubuhan Badan Tender Bebas di bawah kuasa Parlimen.

Menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman di bawah Parlimen yang bertanggungjawab melantik hakim-hakim berdasarkan merit dan integriti serta menambah baik pengurusan bagi meningkatkan kewibawaan Institusi Kehakiman dengan menguatkuasakan etika kehakiman yang saksama.

Thursday, January 03, 2008

Apakah ini budaya kita...

Oleh Mat Al Jajawi
(Di petik dari Suara Keadilan bil 122)

'Berdemonstrasi bukan budaya kita!'
Itulah kata yang empunya cerita
Tapi mereka ini semua sudah lupa
Ketika menentang Malayan Union atau Kesatuan Malaya
Dato' Onn bersama rakyat telah membuat demonstrasi raksaksa

Kata mereka 'itu dan ini' bukan budaya kita
Adakah politik wang budaya kita?
Adakah mengambil dan memberi rasuah budaya kita?
Adakah membantai tahanan sampai separuh mati budaya kita?

Adakah berdemonstrasi menentang kuasa luar sahaja budaya kita?
Adakah memberi permit berhimpun kepada anak menantu sahaja budaya kita?
Adakah mengamal 'double standard' budaya kita?

Adakah menyembur air berkimia dan pemedih mata budaya kita?
Adakah melucutkan kuasa raja budaya kita?
Adakah merasuah pengundi budaya kita?
Adakah membawa pengundi hantu budaya kita?
Adakah menggunakan media awam bagi kemenangan pilihan raya budaya kita?

Adakah menghadiah penyapu budaya kita?
Adakah menggertak rakyat dengan keganasan budaya kita?
Adakah menakutkan rakyat dengan huru-hara budaya kita?
Adakah mamaki hamun sesama Islam budaya kita?

Adakah melucut kebebasan mahkamah budaya kita?
Adakah menahan rakyat tanpa bicara budaya kita?
Adakah membunuh musuh politik budaya kita?
Adakah menyekat pergerakan rakyat budaya kita?

Adakah membuat jenaka lucah dalam Parlimen budaya kita?
Adakah menghina orang kurang upaya budaya kita?
Adakah menaikkan anak menantu budaya kita?
Adakah menutup sebelah mata budaya kita?
Adakah menangkap bilis, melepaskan jerung budaya kita?

Adakah menyekat pertandingan sihat budaya kita?
Adakah merahsiakan tarikh pilihan raya budaya kita?
Adakah mengekang kebebasan SPR budaya kita?
Adakah 'gerrymandering' kawasan pilihan raya budaya kita?

Adakah menumbuk wartawan budaya kita?
Adakah menghalang pandangan alternatif budaya kita?
Bukankah menggalakkan bahas di sekolah budaya kita?
Tetapi mengapa mambahas secara sihat di Parlimen bukan budaya kita?