Oleh Ustaz Abd Ghani Shamsudin
(Petikan soal jawab mengenai
"Hasil haram daripada penipuan dalam pilihan raya"
Harakah Bil 1350)
Rakyat perlu melaksanakan kewajipan mengundi atas tanggungjawab kesaksian seperti mana yang dikehendaki oleh Allah. Mereka tidak dibolehkan memilih pemimpin kerana perhitungan habuan wang, pangkat dan kemudahan yang dijanjikan, sebab itu adalah pengkhianatan terhadap amanah Allah dan rakyat.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:"Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa). Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih.
Salah seorang daripadanya ialah orang membai'ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan).
Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajipannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).(Hadis Muttafaqun'alaihi)
No comments:
Post a Comment