Wednesday, April 18, 2007

Apa yang anda boleh sumbang untuk Ijok?

Oleh Roslan SMS Corner

Gelanggang bertempur sudah kini dibuka luas. Calon BN dari MIC sudah pun terjun masuk menunggu calon PKR yang akan diumumkan oleh Presidennya malam ini. Sudah pasti pertarungan kali ini adalah yang paling sengit selepas Pengkalan Pasir kerana kekuatan seimbang, faktor calon dan masalah setempat.

Namun yang jelasnya belum pun gelanggang dibuka, BN sebagaimana biasa telah pun memulakan taktik kotor dan tidak bermaruah mereka. Janji-janji sudah mula ditabur, masjid sudah mula mahu dibina, surau dicat semula termasuklah kuil-kuil, jalan-jalan kampung mahu diturap dan hadiah serta ganjaran dalam bentuk TOL, dan peruntukkan-peruntukkan segera jatuh selebat-lebatnya mengalahkan hujan monson.

Dalam akhbar The Sun hari ini Pengerusi SPR yang tempang dan pincang itu, Rashid Abd Rahman siang-siang mengisytiharkan bahawa janji-janji pembangunan dari pihak kerajaan tidak boleh dikira sebagai sogokan membeli undi. Katanya para menteri dan pegawai-pegawai kerajaan ini sekadar menjalankan tugas mereka, yang salahnya jika calon yang membuat janji dan menyogok!

Demikianlah tafsiran si tempang dan pincang.

Bermakna K Parthiban telah terjun ke gelanggang sebenarnya lengkap dengan senjatapi, perisai dan jaket kalis peluru menunggu calon PKR yang dikehendaki masuk ke gelanggang hanya dalam pakaian seorang peninju, dengan boxing glove, tetapi itupun tangannya telah diikat ke belakang. Begitulah kira-kira keadaan pertarungan ini.

Soalnya bagaimana kita mahu yakinkan para pengundi di DUN Ijok yang akan bertindak selaku juri-juri awam yang akan menetukan keputusan pertandingan ini. Ya memang ia bukan lagi berat sebelah, tetapi langsung sudah jatuh ke tahap zalim dan bacul. Apa pun yang penting bagi BA dan seluruh rakyat lain yang menyaksikan pertandingan ini adalah untuk bekerja meyakinkan rakyat bahawa sibacul ini kiranya menang sudah pasti ia tidak dapat dipercayai, kerana bertanding pun sudah menipu inikan pula apabila beroleh pangkat dan jawatan.

Pimpinan dan ahli-ahli BA tempatan sudah pasti akan berkerja bertungkus lumus dalam pertandingan menentang sibacul ini, namun kita yang di luar juga perlu memain peranan. Yang berbakat menulis boleh menulis, yang berbakat bercakap dan boleh meyakinkan orang-ramai, bolehlah turun membantu, yang mampu sekadar menghulurkan wang ringgit, lakukanlah, tetapi yang penting untuk kita semua sedari bahawa tanggungjawab untuk memperbetulkan kecurangan dan kepincangan ini bukan sekadar tanggungjawab sahabat-sahabat di Ijok tetapi tanggungjawab kita semua.

Kepada yang ada saudara-mara, sahabat-handai dan kenalan di DUN ini (Kg Ijok, Bukit Badong, Ladang Tuan Mee, Jaya Setia, Batang Berjuntai, Kg Sg Darah, Kg Rantau Panjang) hubungilah mereka dan berkempenlah agar mereka berani membawa perubahan sesungguhnya kejayaan BA di Ijok akan menjadi PEMANGKIN kepada kejayaan yang lebih besar pada Pilihanraya Umum yang akan datang insyallah.

2 comments:

Unknown said...

Dear bloggers

(Listed in SOPO Sentral of Malaysia)

This kutu is trying to develop a new hobby - listing your latest posting in my blog, Malaysiakita

This kutu really hopes you can update me on your latest posting in
Malaysiakita comment section or by email. You can reach me at sangkutu@gmail.com

To surf from blog to blog really consumes a lot of time. Mintak tolong la sangat-sangat! Harap sangat ni!

I'm seeking your kind help! Tolong! Tolong!

pu3mawar said...

apa yg anda sumbang untuk diri sendiri dan keluarga?