Dua perhimpunan aman rakyat (BERSIH dan Hindraf) yang berlangsung sekitar November lalu masih diperkatakan oleh banyak pihak. BERSIH dengan tema warna kuning yang mana kempen memakai kuning (baju, tudung, headband etc) pada setiap sabtu sebagai tanda sokongan dan penyebaran maklumat, sementara Hindraf dengan permasalahan kebajikan kaum India yang mula mendapat perhatian daripada pihak pemerintah.
Ada yang bertanya, mengapa perlu diadakan perhimpunan aman? Seterusnya akan mengakibatkan kesesakan jalan raya disebabkan oleh sekatan pihak polis, yang mana ini akan menyebabkan tempoh perjalanan ke destinasi sekitar lokasi perhimpunan dan kawasan sekitar memakan masa yang panjang.
Tidak kurang yang bertanya mengapa perlu menyusahkan diri untuk berdepan dengan Pasukan Simpanan Persekutuan terutamanya, yang mana berisiko untuk berhadapan semburan gas pemedih mata, pancutan air kimia dan sebagainya.
Ada juga yang mencadangkan mengapa tidak, sebagai contoh BERSIH hanya menyerahkan memorandum dengan menghantar wakil sekitar 10 orang sebagaimana yang berlaku pada 10 Novenmber lalu, atau sekitar 60++ orang (mengambil sempena jumlah parti-parti politik dan NGO yangmenyokong tuntutan BERSIH dengan nisbah seorang wakil bagi setiap pertubuhan). Begitu juga Hindraf yang akhirnya berjaya juga menghantar memorandum dengan menggunakan faks.
Ini yang dinamakan IMPAK MAKSIMA!
Boleh saja dibuat sebagaimana cadangan di atas, tetapi kurang sesuai. Dengan media yang terbatas, demokrasi yang tempang, spin berita oleh media arus perdana, agak-agaknya berapa lama isu yang diperjuangkan oleh dua perhimpunan diatas mampu bertahan? Tetapi oleh sebab perhimpunan BERSIH turut disertai oleh 138 000 rakyat (maklumat yang diperolehi daripada pihak risikan), cakap-cakap mengenainya masih lagi hangat terutamanya menjelang hari Sabtu.
Ditambah pula dengan liputan oleh media antarabangsa dan internet, rakyat seluruh dunia dapat menyaksikan bagaimana negara yang pernah menjadi Pengerusi OIC dan NAM melayan protes rakyat melalui perhimpunan aman. Begitu juga rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di luar bandar dan jauh daripada capaian internet, mereka turut berkesempatan melihat apa yang terjadi dan membandingkannya dengan laporan oleh media perdana.
Sekali lagi, ini yang dinamakan IMPAK MAKSIMA!
Komen:- Sebuah filem melayu arahan Ahmad Idham pada tahun ini turut menggunakan judul yang sama. Tetapi impak maksima yang sebenar-benarnya adalah sebagaimana yang terdapat pada artikel di atas (salah satu contoh terbaik). Walaubagaimanapun, ucapan terima kasih kepada Ahmad Idham kerana memberi idea untuk menulis artikel tersebut dengan menggunakan tajuk yang sama dengan filem arahannya.
1 comment:
saya ingin berkogsi fakta tentang satu perhimpunan yang berjaya mengajak paradigma pemerintah pada 1969. peristiwa perarakan 'keranda 152'di DBP pada Mac 1967 berjaya menjadikan Bahasa melayu sebagai bahasa pendidikan negara dan mewujudkan UKM yang memartabatkan Bahasa Melayu.Perhimpunan di Balai budaya DBP melibatkan 2000 ahli dari 120 pertubuhan berarak mengusung keranda bertulis 152 simbolik kepada akta 152 (bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan) yang tidak dikuatkuasa oleh pemetintah. Ketika itu pemerintah mungkin lebih telus menilai perhimpunan sebagai medium rakyat mengutarakan sesuatu kepincangan yang perlu diperbaiki.
Post a Comment