Oleh Harakah Daily
Pelbagai pihak khususnya rakyat yang mahu demokrasi dan keamanan negara dipelihara seharusnya bimbang dengan fenomena mutakhir ini yang boleh menghakis kebebasan dan hak asasi manusia.
"Kebimbangan terhadap perkara tersebut perlu wujud bagi memastikan sesuatu harus dilakukan untuk mengelakkan sistem demokrasi dalam negara ini akan terus terhakis," ujar Pensyarah Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Shamrahayu Abdul Aziz.
Menurutnya, semangat perlembagaan memberikan hak kepada rakyat untuk menyuarakan sebarang pandangan melalui saluran yang telah disediakan.
"Semangat perlembagaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi, kerajaan mengguna pakai peruntukan Akta Polis 1967, seksyen 27 yang meminta supaya sebarang perhimpunan yang hendak dibuat hendaklah dengan menyertakan permit pihak polis," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Ujarnya, meskipun ia berupa akta untuk menjaga keselamatan negara namun ia perlu dalam keadaan sekatan yang begitu minima yakni dalam kadar yang berpatutan.
"Ia harus melihat tujuan sebenar kepada kewujudan akta tersebut, dan jangan sampai tidak boleh berhimpun langsung," ujarnya.
"Sekatan yang nak dibuat harus dalam kadar yang minimum, jika perhimpunan tersebut dalam jumlah yang sedikit, polis pantau sahajalah. Jangan letakkan Akta Polis lebih tinggi daripada perlembagaan," tambahnya.
Mengulas mengenai isu perhimpunan jalanan, Sham rahayu berkata pihak polis akan melihat sejauhmana hubungan ketiga-tiga perhimpunan yang berlaku dalam tempoh terdekat ini sebagai demonstrasi jalanan.
Jelasnya, pada kebiasaannya polis menggunakan istilah demonstrasi bagi setiap perhimpunan yang dianjurkan pihak bukan kerajaan, dan seringkali ia dikaitkan dengan tindakan negatif.
Sementara pihak NGO mahupun mana-mana badan atau pertubuhan menggunakan istilah perhimpunan bagi menggambarkan ia sebagai sesuatu yang positif.
Ketika ditanya mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menakutkan orang ramai, beliau juga tidak menafikan kerajaan akan menggunakan akta itu untuk menghalang mana-mana pihak mengadakan perhimpunan.
"Tidak mustahil kerajaan akan menggunakan ISA untuk menyekat mereka," katanya lagi.
Begitupun, Shamrahayu berpendapat kerajaan terpaksa menangguhkan perlaksanaan ISA bagi para peserta demonstrasi kerana senario masyarakat masa kini yang telah mulai sedar akan implikasi dan kekejaman akta tersebut.
"Bahkan kerajaan akan menggunakan alasan untuk tetap menggunakannya bagi menjaga keselamatan negara mengatasi hak asasi seseorang individu," ujarnya lagi.
2 comments:
daripada profile anda itu saya bayangkan anda ini seperti jagung yang baru berputik. sekiranya anda ini seorang yang terpelajar sepatutnya anda mengerti apa yang ada maksud kan dengan perkataan "budak suruhan". apa kata anda sedang bekerja denga kafir laknat, saya pun rasa anda sepeti babon suruhan juga. macam mana? atau anda ini sememangnya orang kaya yang tidak perlu bekerja kepada sesiapa! setiap peraturan yang kita laksana ada baik dan buruknya. bila anda melihat buruknya, maka buruklah ia. kalau anda lihat pada baiknya maka baik lah ia. bila anda lihat cili apa yang anda akan fikirkan? jangan jadi macam monyet. kalau anda telah berkahwin lihat anak anda dan biarkan dia membuat sesuka hatinya apa yana akan jadi? fikirkan?
yang hak tetap hak, yang batil tetap batil. kot ye pun ikut arahan, patut-patutlah. undang-undang/peraturan ciptaan manusia banyak kelemahannya
Post a Comment