SPR semalam mengumumkan bahawa seramai 4.82 juta daripada 15 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Daripada jumlah itu Selangor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 700,000 orang diikuti Johor (600,000 orang), Sarawak (360,000 orang), Kuala Lumpur (300,000 orang), Kedah (285,000 orang), Kelantan (197,000 orang) dan Terengganu (75,000 orang).
Kami mengharapkan kepada sesiapa yang belum berbuat demikian cepat-cepatlah menunaikan tanggungjawab untuk menjadi pemilih berdaftar supaya hak anda untuk memilih kerajaan pada pilihanraya umum nanti tidak dipersia-siakan.
"Kullukum rain Wakullu rain masulun anra yiatih - hidup mesti ada kerja/tanggungjawab; dan akan disoal dipadang mahsyar."
4 comments:
i dah mengundi
silap....i dah mendaftar huhu
pu3mawar,
congrats!...jangan lupa mengundi...ingatkan sama kawan-kawan terdekat, saudara mara yang belum lagi mendaftar...pada yang telah mendaftar pesan kepada mereka agar membuat pilihan yang bijak.
"Kullukum rain Wakullu rain masulun anra yiatih - hidup mesti ada kerja/tanggungjawab; dan akan disoal dipadang mahsyar."
ermm....InsyaAllah, umur dah cukup tapi belum berkesempatan lagi...bila pula pilihanraya ni
Post a Comment