Tuesday, July 31, 2007

Piket ke-2 MTUC 8 Ogos 2007

KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dijangka berpiket secara aman di seluruh negara pada 8 Ogos ini bagi menuntut kerajaan menimbangkan pemberian gaji minimum RM900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 kepada pekerja sektor swasta.


Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud berkata Anggota Majlis MTUC akan menentukan sama ada piket akan diteruskan.

Selain di ibu negara, piket dirancang akan diadakan serentak di lebih 13 lokasi lain seperti Petaling Jaya, Bangi, Shah Alam, Klang, Johor, Kuching, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Seremban, katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata piket peringkat pertama pada 25 Jun lepas didapati mendapat sambutan mengalakkan dan berjaya menghantar mesej kepada kerajaan."


Tetapi tindak balas dari apa yang kita minta adalah amat dingin. Oleh itu kita akan mengadakan sekali lagi piket jika masih tidak ada respons positif dari kerajaan," katanya.

Syed Shahir berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menolak tuntutan MTUC kerana apa yang dituntut pernah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini.

Pemberian COLA pernah dilaksanakan semasa zaman Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak, katanya.

Beliau berkata walaupun kerajaan menetapkan pendapatan bulanan bawah RM600 sebagai di bawah paras kemiskinan, namun terdapat majikan swasta masih memberi gaji serendah RM300 kepada pekerja.

1 comment:

Anonymous said...

Hi, Just came back here to advise you about Mobile Monopoly. This is a great technique and WILL make you money, especially seeing as you own a website. Take a quick look at their video, the strategy is about using Mobile Advertising which is completely new and an unexposed market where you can make thousands by doing hardly any work. I promise you that after you watch their short video it will change you and it will start making you think. http://mobile-mastermind.com