Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mengisytiharkan 10 November depan sebagai tarikh himpunan besar-besaran rakyat yang akan diadakan di Kuala Lumpur bagi menuntut pilihanraya yang bebas serta adil termasuk memulihkan demokrasi negara yang semakin pincang.
Perhimpunan aman tersebut di samping menuntut kebebasan serta hak rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang adil ianya sebagai satu bantahan dan desakan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunai tuntutan Bersih selama ini yang tidak diendahkan malah diabaikan seperti pengunaan dakwat kekal, pemansuhan sistem pengundian pos, penyemakan semula daftar pemilih dan akses yang sama rata kepada media.
Pengisytiharan tersebut disampaikan oleh jurucakap Bersih, Syed Shahir yang juga merupakan Presiden MTUC dihadapan sejumlah hampir 5,000 orang yang hadir pada Konvesyen rakyat di Dewan Perhimpunan Cina dekat sini semalam.
Konvesyen tersebut yang bertemakan 'Bersihkan Pilihan Raya, Kembalikan Hak Rakyat' turut dihadiri oleh para pimpinan tertinggi parti politik seperti Presiden PAS Dato'Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri AnwarIbrahim, Setiausaha Agung DAP Lim GuanEng, Penaja Parti Sosialis Malaysia Dr Nasir Hashim, beberapa pimpinan serta Ajk PAS Pusat dan 25 wakil-wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti CIJ, Jerit, Wami, Aliran, Gamis, Dema termasuk persatuan mahasiswa.
Bagaimanapun sekiranya parlimen dibubarkan atau pilihanraya diadakan lebih awal daripada tarikh himpunan itu, Pengerusi Majlis Konvensyen yang juga merupakan Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu menjelaskan kepada umum bahawa himpunan tersebut tidak dibatalkan malah diadakan lebih awal menjelang pilihan raya tersebut.
No comments:
Post a Comment